Ahad, 29 Mei 2011

Sangka baikkah? atau sangka burukkah?

Dalam satu kem motivasi , saya dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib.  Saya fokuskan tajuk 'Dunia Penuh Fitnah'
Contoh:
Di dalam tazkirah tersebut, saya memberi contoh sbgmana berikut: Seorang yang dikenali sebagai kaki mengumpat  diminta berdiri di hadapan audien.  Audien diminta beri komen bertulis tentang orang tersebut.
Ayatnya berbunyi ' ...dia seorang kaki mengumpat'.
Lalu saya nyatakan mengapa perlu tulis begitu?  Bukankah dia sedang berdiri sahaja di situ? Dia sedang
mengumpatkah?  Siapa kita nak menuduh dia begitu? Kenapa fitnah dia begitu? Sangka buruk kita yang
menyebabkan kita menuduh dia begitu.  Fitnah yang kita berikan kepada dia itu fitnah dunia.  Inilah realiti
yang menyatakan.....

DUNIA PENUH FITNAH !

JENIS-JENIS HIPNOSIS

Jenis-Jenis Hipnosis

Jenis-Jenis Hipnosis

Banyak sekali manfaat hipnosis. Kerana terlalu banyak dan sangat berbeza, tidak seorang pun yang secara tepat dapat menyebutkan apa saja manfaat yang boleh diperoleh dari hipnosis. Hipnosis memainkan peranan hampir di semua bidang kehidupan yang melibatkan fikiran manusia. Jenis-jenis hipnosis di bawah ini dibezakan berdasarkan bidang aplikasinya yang paling popular dalam dunia hipnosis.

1. HYPNOTHERAPY / CLINICAL HYPNOSIS
Hypnotherapy atau Clinical Hypnosis adalah aplikasi hipnosis dalam menyembuhkan gangguan mental dan mengurangkan gangguan fizikal. Hipnosis telah terbukti secara perubatan boleh mengatasi berbagai macam gangguan mental mahupun fizikal. HIPNOSIS, tidak seperti cara perubatan lain yang mengubati penyakit (simptom) atau masalah yang berlaku. Hipnosis ber-urusan terus dengan penyebab sesuatu masalah. Dengan menghilangkan penyebabnya maka secara automatik masalah yang timbul akan hilang atau disembuhkan. 

Kita ambil contoh kes psikosomatik(penyakit disebabkan tekanan jiwa). Jika seseorang menderita psikosomatik misalnya, kesakitan di punggung yang tak beransur sembuh, dia boleh menggunakan ubat penahan rasa sakit untuk menghilangkan rasa sakit di punggungnya. Namun hilang rasa sakitnya itu hanya sementara, setelah pengaruh ubatnya hilang, dia akan merasa sakit lagi dan meminum ubat lagi. Ini sama sekali bukan penyembuhan. Orang tidak akan benar-benar sembuh dengan cara itu. Ubat hanya akan melemahkan kita karena hidup kita menjadi tergantung dengan Ubat itu. Dengan hipnosis, penyakit psikosomatik boleh sembuh terus dalam waktu sangat singkat dan berkekalan.

2. MEDICAL AND DENTAL HYPNOSIS

Iaitu penggunaan hipnosis untuk dunia perubatan, terutama oleh pakar bedah dan doktor gigi dalam menciptakan kesan anesthesia tanpa menggunakan ubat bius. Teknik hipnosis yang digunakan untuk anesthesia sudah digunakan oleh John Elliotson (1791 -1868). Elliotson adalah doktor yang pertama kali menggunakan mesmerisme (nama kuno dari hypnotism) untuk melakukan pembedahan tanpa rasa sakit.
Catatan: pada masa itu belum ditemukan ubat bius yang disuntik ataupun diminum.

3. COMEDY HYPNOSIS
Comedy hypnosis adalah hipnosis yang digunakan untuk hiburan semata. Comedy Hypnosis juga sering disebut sebagai Stage Hypnosis. Dinamakan stage hypnosis atau hipnosis panggung karena pada awalnya hipnosis untuk hiburan hanya dilakukan di atas panggung. Namun Comedy Hypnosis sekarang tidak terbatas dalam panggung. Di jalan, taman, pasaraya, kampus atau dimana saja Anda boleh mempraktikkan Comedy Hypnosis. Untuk mempelajari Comedy Hypnosis sangat mudah. Anda hanya memerlukan waktu beberapa jam saja, dan sudah siap untuk beraksi. Jika Anda pernah melihat acara stage hypnosis, mungkin Anda menjadi takut dengan hipnosis kerana kelihatan seorang penghipnosis boleh melakukan apa saja terhadap orang yang dihipnosis.

Sebenarnya tidak ada orang lain yang boleh mengawal Anda, kecuali Anda mengizinkan untuk dikawal. Semua sukarelawan yang menjadi peserta stage hypnosis sudah mengizinkan dirinya untuk dihipnosis, dan secara tidak langsung dia juga mengizinkan dirinya untuk "dipermainkan" oleh penghipnosis. Jika dirinya tidak mahu ditertawakan, pastinya dia tidak bersedia dihipnosis. Seandainya Anda menolak untuk dihipnosis, maka sekuat apapun penghipnosis berusaha, Anda tidak akan boleh dihipnosis.

4. FORENSIC HYPNOSIS
Dalam penyelidikan kepolisian, hipnosis boleh digunakan untuk mencari maklumat dari saksi. Satu kejadian trauma seperti dalam kes jenayah yang menakutkan cenderung membuat fikiran bawah sedar menyembunyikan ingatan yang lengkap tentang kejadian tersebut agar tidak boleh diingat oleh fikiran sedar. Tujuan fikiran sedar menyembunyikan maklumat itu sesungguhnya untuk kebaikan diri sendiri, kerana apabila kejadian itu dapat diingat dalam keadaan sedar, maka rasa ketakutan akan sering terjadi tanpa sebab. Dengan bantuan hipnosis, mangsa atau saksi boleh mengingat kembali dengan sangat jelas.

Hipnosis tidak boleh digunakan untuk mendapatkan pengakuan yang jujur dari penjenayah. Pertama kerana enjenayah pasti akan menolak untuk dihipnosis, dan kedua dalam keadaan hipnosis, seseorang tetap boleh berbohong. Dengan teknik regression atau hypernesia, saksi atau mangsa jenyaha dapat menceritakan dengan sangat terperinci tentang peristiwa yang pernah dialaminya.

5. METAPHYSICAL HYPNOSIS
Metaphysical hypnosis adalah aplikasi hipnosis dalam meneliti berbagai fenomena metafizik seperti Astral Travelling, ESP, Clairvoyance, Clairaudience, Komunikasi dengan inner-self, meditasi, mengakses kekuatan superconscious mind dan eksperimen-eksperimen metafizik lainnya.
Apa Itu Hipnosis ?

Kata "hypnosis" pertama kali diperkenalkan oleh James Braid, seorang doktor ternama di England yang hidup antara tahun 1795 - 1860. Sebelum masa Jame Braid, hypnosis dikenal dengan nama Mesmerism / Magnetism. Hipnosis berasal dari kata "hypnos" yang merupakan nama dewa tidur orang yunani. Namun perlu difahami bahawa keadaan hipnosis tidaklah sama dengan tidur. Orang yang sedang tidur tidak menyedari dan tidak boleh mendengar suara-suara disekitarnya. Sedangkan orang dalam keadaan hipnosis, meskipun tubuhnya beristirehat (seperti tidur), seseorang masih boleh mendengar dengan jelas dan bertindak balas terhadap maklumat yang diterimanya. Hipnosis telah dipelajari secara ilmiah lebih dari 200 tahun. 

Beberapa defisini hipnosis :

- Hipnosis ialah keadaan separa sedar yang menyebabkan seseorang kelihatan seperti tidur tetapi masih boleh mendengar, melihat atau memahami perkara tertentu yang diajukan kepadanya oleh orang yang menguasainya mindanya ataupun menghipnotisnya ketika itu

- Hipnosis ialah satu kaedah memasuki minda bawah sedar manusia secara lisan dan memanipulasikannya mengikut kehendak yang di persetujui oleh kedua - dua pihak dan selalunya digunakan untuk tujuan tujuan perubatan, membuang tabiat buruk, memulihkan trauma dan sebagainya.

- Hipnosis adalah suatu keadaan yang menyerupai tidur yang dapat secara sengaja dilakukan kepada seseorang, di mana seseorang yang dihipnosis boleh menjawab pertanyaan yang diajukan, serta menerima saranan tanpa bantahan.

- Hipnosis adalah teknik atau cara dalam mempengaruhi orang lain untuk masuk ke dalam keadaan luar biasa hipnosis.

- Hipnosis adalah suatu keadaan di mana perhatian menjadi sangat fokus sehingga tahap daya terima saranan meningkat sangat tinggi.

- Hipnosis adalah seni komunikasi untuk mempengaruhi seseorang sehingga mengubah tahap kesadarannya, yang dicapai dengan cara menurunkan gelombang otak dari Beta menjadi Alpha dan Theta.

- Hipnosis adalah seni komunikasi untuk menjelajahi alam bawah sedar.

Semua definisi di atas benar, kerana menandakan salah satu atau beberapa gejala dari keadaan hipnosis. Akan tetapi apa yang diungkapkan diatas belum boleh mencerminkan apa yang paling unik dari hipnosis yang berbeza dari keadaan mental lain. Sebab itu, kami memilih menggunakan definisi hipnosis yang dibuat oleh U.S. Department of Education, Human Services Division, dikatakan bahwa; “Hypnosis is the by-pass of the critical factor of the conscious mind followed by the establishment of acceptable selective thinking” atau “Hipnosis adalah penembusan faktor kritikal fikiran sedar diikuti dengan diterimanya suatu pemikiran atau saranan”.


Hipnosis Adalah Fenomena Semulajadi dan Normal

Anda mengalami keadaan sama seperti hipnosis minimum 2 kali sehari, iaitu saat Anda akan tertidur dan bangun tidur tapi masih malas untuk bangun. Pada saat itu, seluruh tubuh Anda beristirehat tapi fikiran anda masih bekerja walaupun separuh sedar.

Contoh lain peristiwa hipnosis iaitu ketika Anda membaca novel atau menonton filem yang asyik. Anda merasakan takut, bersemangat, cemas, sedih, menangis, dan ketawa, padahal Anda tahu bahwa yang Anda saksikan hanyalah cerita fiksyen belaka.
Apakah Anda terhipnosis oleh cerita yang Anda ikuti? Ya benar, Anda terhipnosis. Apakah anda dikendalikan oleh cerita dalam filem? - Tentu saja tidak. Dan memang seperti itulah hipnosis. Hipnosis hanya dapat Anda rasakan apabila Anda mengizinkan diri Anda untuk mengalaminya. Seperti ketika Anda membaca novel atau menonton filem, Anda sendiri yang mengizinkan diri Anda untuk terpengaruh oleh filem atau hanyut dalam cerita novel.

Hipnosis bukanlah cara menguasai pikiran seseorang. Melainkan seni mengelola fikiran. Seorang pakar hipnosis tidak punya kekuatan ghaib yang boleh mengendalikan fikiran Anda. Jika Anda tidak boleh dipaksa untuk menyaksikan filem, maka Anda juga tidak boleh dipaksa untuk dihipnosis.

Hipnosis adalah fenomena mental semula jadi. Setiap manusia normal mempunyai kemampuan untuk mengalami hipnosis. Anda dapat menolak hipnosis dengan cara mengabaikan semua yang dikatakan hypnotist. Seperti halnya anda boleh menolak untuk terharu oleh cerita yang sedih dalam filem dengan cara memikirkan hal lain ketika menonton filem.


Hipnosis Tidak Selalu Rileksasi 
Beberapa orang mengira bahwa keadaan hipnosis tidak lain adalah keadaan fizik yang sangat relaks. Dengan kata lain, hipnosis hanya boleh dicapai dengan rileksasi secara fizikal. Semakin dalam rileksasi, maka semakin dalam tahap kedalaman hipnosis. Pemahaman ini kurang tepat. Memang benar salah satu ciri orang yang berada dalam keadaan hipnosis adalah tubuhnya dalam keadaan rileks. Namun, tubuh yang rileks belum tentu menandakan orang dalam keadaan hipnosis. Bahkan dengan teknik yang ada saat ini, kita boleh menghipnosis orang dalam keadaan sedar, tanpa orang tersebut "ditidurkan" lebih dulu.

Disamping itu, banyak sekali orang yang takut dihipnosis. Ketakutan ini wajar kerana mereka belum mengenal hipnosis dari sumber yang benar. Banyak orang beranggapan, bahawa orang yang dihipnosis akan dikuasai fikirannya oleh orang yang menghipnosis. Pendapat tersebut tidak benar, kerana dalam keadaan hipnosis, seseorang tetap dapat mengawal dirinya. Kami sudah membahas mengenai fahaman yang salah mengenai hipnosis pada artikel tersendiri.


Terma dan Definisi
Banyak orang yang belum memahami istilah hipnosis dengan sebenar. Beberapa terma di bawah ini perlu Anda fahami definisinya.

- Hipnosis / Hypnotism = Boleh diertikan sebagai ilmu untuk menghipnotis. Definisi secara lengkap seperti yang sudah dijelaskan diatas.

- Hipnotis = Orang yang melakukan hipnosis atau "ahli hipnosis".

- Hipnotis adalah terjemahan dari hypnotize (verb) yang ertinya "melakukan hipnosis"

- Hipnoterapi = Aplikasi hipnosis untuk terapi pengubatan.

- Hipnoterapis = Orang yang ahli menggunakan hipnosis untuk terapi.

- Saranan = Perintah atau saran yang diberikan hipnotis.

Bimbingan dan Kaunseling

Definisi Bimbingan dan Kaunseling

Bimbingan dan Kaunseling
Apa itu kaunseling?
Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.
Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.
Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.
Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya