Rabu, 11 Februari 2015

7 Langkah Meningkatkan Keyakinan Diri

7 Langkah Meningkatkan Keyakinan Diri
Oleh Taidin Suhaimin

Artikel motivasi ini memaparkan 7 langkah utama atau cara-cara bagaimana anda dapat membina atau meningkatkan tahap keyakinan diri anda.

1. Bina Prinsip
Hidup yang Mantap

Antara prinsip-prinsip hidup yang boleh anda pegang adalah: 

  • "Saya yakin saya boleh!"
  • "Dapat mencapainya kerana kemahuan tahap gaban."
  • "Yakin kerana cemerlang persiapan!"


Prinsip-prinsip atau moto-moto tersebut kesemuanya bertujuan  untuk meningkatkan semangat dan keyakinan diri anda agar anda menjadi lebih berani menghadapi cabaran-cabaran hidup dalam mencapai kejayaan. Lebih mantap prinsip atau moto hidup yang anda pegangi, lebih yakinlah anda melangsungkan kehidupan anda.


Oleh itu, binalah prinsip-prinsip hidup yang positif lagi mantap untuk menyuburkan keyakinan diri anda agar anda akan lebih berjaya dalam kehidupan anda.


2. Tetapkan Matlamat Hidup


Matlamat-matlamat hidup yang jelas dan mantap adalah antara sumber-sumber utama kepada pembinaan hala tuju dan peningkatan serta pemantapan keyakinan diri seseorang. Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas dan mantap adalah seolah-seolah meniti kehidupannya dalam keadaan samar yang tidak pasti akan ke mana arah dan tujuan kehidupannya.


Oleh itu, tetapkanlah matlamat hidup anda sejelas yang mungkin agar anda akan dapat meniti kehidupan anda dengan lebih baik dan teratur.

Dengan mempunyai hala tuju serta matlamat hidup yang jelas, anda akan menjadi lebih fokus, lebih yakin dan lebih berjaya dalam mencapai kejayaan hidup - dunia serta akhirat.




3. Bina Pelan Tindakan Mencapai Matlamat



Mempunyai matlamat-matlamat yang jelas memang amat penting untuk memperteguhkan keyakinan diri. Namun, tanpa perancangan atau pelan tindakan untuk mencapai kejayaan, sesuatu matlamat hanya akan menjadi angan-angan.

Dengan mempunyai pelan tindakan jitu,  keyakinan diri anda akan menjadi lebih mantap. Ianya pula akan membolehkan anda mencapai matlamat-matlamat yang anda telah tetapkan dengan   lebih awal.


4. Tingkatkan Ilmu Pengetahuan


Ilmu pengetahuan adalah antara sumber-sumber utama kepada pembangunan diri seseorang.  Semakin tinggi atau semakin banyak ilmu pengetahuan yang seseorang miliki, bukan sahaja nilai seseorang itu akan semakin tinggi tetapi juga akan dengan sendirinya meningkatkan keyakinan dirinya. Jika anda mempunyai tahap imu pengetahuan yang tinggi tentang selok-belok pekerjaan anda, sudah pastilah anda akan bertambah yakin diri serta lebih kompeten melaksanakan tugas-tugas anda.


Oleh itu, dengan sentiasa meningkatkan tahap ilmu pengetahuan khususnya dalam perkara-perkara yang anda perlu ketahui atau kuasai, anda dengan sendirinya melakukan sesuatu yang mengarah kepada peningkatan  kemampuan dan keyakinan diri anda.

Membaca buku-buku, menghadiri kursus-kursus atau seminar-seminar, bercambah idea-idea dengan rakan-rakan serta membuat lawatan ke tempat-tempat menarik adalah antara langkah-langkah cemerlang yang anda boleh lakukan untuk memperkayakan ilmu pengetahuan anda.

5. Tingkatkan Kemahiran-Kemahiran


Kemahiran-kemahiran adalah antara sumber-sumber utama kepada  pembangunan diri seseorang. Semakin tinggi atau banyak kemahiran yang anda miliki, semakin meningkatlah keyakinan diri anda.

Seseorang yang tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi, sudah pasti akan kurang, malah mungkin tidak yakin atau tidak mampu melaksanakan dengan cemerlang sesuatu tugas yang dimanahkan kepadanya.

Tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi dalam bidang pengucapan awam misalnya adalah salah satu sebab mengapa seseorang tidak yakin berucap di hadapan audiens.  Antara cara berkesan yang perlu dilakukan untuk mengatasi ketidakyakinan sebegini ialah dengan mempelajari secara serius setiap aspek pengucapan awam sehinggalah kemahiran pengucapan awam itu menjadi sebati dalam diri kita.



6. Tingkatkan Kualiti Kesihatan Diri

Kesihatan diri amat mempengaruhi keyakinan diri seseorang. Jika kesihatan diri kita kurang baik, badan kita akan menjadi lemah;  fikiran akan turut menjadi kusut. Ini akan menjejaskan keyakinan diri kita. Jika kesihatan diri kita baik, badan serta minda menjadi cergas dan cerdas. Ini akan menjadikan kita lebih bermaya dan lebih berkeyakinan diri.



Oleh itu, usaha menjaga dan memastikan tahap kesihatan diri kita agar sentiasa dalam keadaan cemerlang adalah seiring dengan usaha memantapkan keyakinan diri sendiri. 

Membina tabiat berfikiran positif, menjaga kualiti pemakanan, tidur secukupnya / rehat (7-9) jam sehari serta mengamalkan pergerakan fizikal / senaman setiap hari (5 minit - 2 Jam) serta mendapat rawatan yang sewajarnya dari pakar-pakar perubatan apabila diperlukan adalah antara perkara-perkara yang harus kita amalkan untuk memastikan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri kita sentiasa dalam keadaan terbaik. 

7. Tingkatkan Kualiti Penampilan Diri

Apa pun juga keadaan fizikal diri anda, jika anda sentiasa bersyukur dan berfikiran positif serta menjaga penampilan diri dari dalaman serta pada luaran, anda akan tetap merasa diri anda amat bernilai.

Dengan sentiasa bersyukur dan berfikiran positif, anda akan lebih menghargai dan menyayangi diri anda serta juga orang lain. Dan, sudah pastilah juga anda akan lebih yakin diri apabila anda dapat membina dan menampilkan imej terbaik diri anda.

Menjaga dan mencemerlangkan ketrampilan diri anda bererti juga anda menjaga kesihatan, kebersihan, kekemasan diri, kebersihan dan kekemasan tempat kerja anda, rumah anda, kenderaan anda dan sebagainya.

Kesimpulan

Keyakinan diri adalah berpaksi dalam diri anda. Anda perlu  menjananya. Ia perlu disuburkan. Anda perlu yakin pada diri sendiri dahulu sebelum mendapat keyakinan orang lain terhadap diri anda. Ingatlah bahawa anda adalah peneraju kejayaan diri anda sendiri.

Kalau anda fikir anda boleh, anda memang sebenarnya BOLEH!

Keyakinan yang meningkat pada diri anda akan membuatkan anda lebih berkebolehan untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian dan kejayaan anda.

Keyakinan Diri, Meningkatkan Keyakinan Diri, Membina Keyakinan Diri, Motivasi Keyakinan Diri, Motivasi Untuk Keyakinan Diri, Motivasi Meningkatkan Keyakinan Diri, Cara Meningkatkan Keyakinan Diri, Tips Keyakinan Diri, Langkah Meningkatkan Keyakinan Diri, Yakin Diri, Taidin Suhaimin
Keyakinan Diri, Meningkatkan Keyakinan Diri, Membina Keyakinan Diri, Motivasi Keyakinan Diri, Motivasi Untuk Keyakinan Diri, Motivasi Meningkatkan Keyakinan Diri, Cara Meningkatkan Keyakinan Diri, Tips Keyakinan Diri, Langkah Meningkatkan Keyakinan Diri, Yakin Diri, Taidin Suhaimin
Keyakinan Diri, Meningkatkan Keyakinan Diri, Membina Keyakinan Diri, Motivasi Keyakinan Diri, Motivasi Untuk Keyakinan Diri, Motivasi Meningkatkan Keyakinan Diri, Cara Meningkatkan Keyakinan Diri, Tips Keyakinan Diri, Langkah Meningkatkan Keyakinan Diri, Yakin Diri, Taidin Suhaimin






























Keyakinan Diri, Meningkatkan Keyakinan Diri, Membina Keyakinan Diri, Motivasi Keyakinan Diri, Motivasi Untuk Keyakinan Diri, Motivasi Meningkatkan Keyakinan Diri, Cara Meningkatkan Keyakinan Diri, Tips Keyakinan Diri, Langkah Meningkatkan Keyakinan Diri, Yakin Diri, Taidin Suhaimin




Keyakinan Diri, Meningkatkan Keyakinan Diri, Membina Keyakinan Diri, Motivasi Keyakinan Diri, Motivasi Untuk Keyakinan Diri, Motivasi Meningkatkan Keyakinan Diri, Cara Meningkatkan Keyakinan Diri, Tips Keyakinan Diri, Langkah Meningkatkan Keyakinan Diri, Yakin Diri, Taidin Suhaimin
Keyakinan Diri, Meningkatkan Keyakinan Diri, Membina Keyakinan Diri, Motivasi Keyakinan Diri, Motivasi Untuk Keyakinan Diri, Motivasi Meningkatkan Keyakinan Diri, Cara Meningkatkan Keyakinan Diri, Tips Keyakinan Diri, Langkah Meningkatkan Keyakinan Diri, Yakin Diri, Taidin Suhaimin


7 Langkah Mencapai Cita-Cita / Matlamat Anda denga CEPAT

7 Langkah Mencapai Cita-Cita / Matlamat Anda dengan Cepat
Oleh Taidin Suhaimin

Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, atau panduan-panduan bagaimana menetapkan dan mencapai matlamat / cita-cita hidup anda dengan cepat.


1. Kenal Pasti Semua Keperluan & Keinginan Anda Sejelas-jelasnya
Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan anda. Tulis seberapa banyak keperluan-keperluan serta keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Tuliskan  apa saja keperluan dan keinginan yang terlintas di fikiran anda. Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, akan timbul suatu bentuk perasaan, pemikiran atau semangat pada diri anda. Ya, anda akan mengetahui perasaan sebenar anda itu apabila anda melepasi angka 50. Teruskan. Perasaan inilah yang akan membarai semangat anda terus melangkah ke hadapan untuk mencapai matlamat-matlamat anda secepat yang mungkin.  Insya-Allah.

2. Tetapkan dan Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS matlamat-matlamat atau cita-cita anda di atas sehelai kertas. Ini amat penting kerana jika anda tidak tulis, cita-cita anda hanya akan menjadi angan-angan.  Dengan berbuat demikian, cita-cita anda itu akan menjadi perkara yang amat penting dan berharga bagi anda. Dengan menjadikannya suatu dokumen dan diberi perhatian, ia akan mula meresap  ke dalam minda separa sedar anda. Hasilnya, matlamat-matlamat anda itu akan menjadi sebahagian yang signifikan dalam hidup anda dan anda tidak akan berpuas hati selagi matlamat tersebut belum anda capai.

3. Tetapkan Tempoh dan Tarikh Matlamat Anda Mesti Dicapai
Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat-matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. Tetapkan tempoh anda membuat persiapan rapi untuk mencapai matlamat-matlamat anda. Tetapkan juga tempoh yang anda perlukan untuk melaksanakan setiap aktiviti dalam perancangan atau pelan tindakan anda.

4. Lakukan Perancangan
RANCANGKAN tindakan-tindakan atau aktiviti-aktiviti yang mesti anda laksanakan untuk mencapai matlamat-matlamat anda. Jadualkan aktiviti-aktiviti atau langkah-langkah tindakan anda mengikut susunan dan keutamaan agar setiap langkah anda menyokong antara satu sama lain. Nilai semula dan buat pembaikan pada senarai jadual aktiviti anda dari semasa ke semasa dengan tujuan untuk memastikan matlamat anda tercapai mengikut seperti yang dirancang.

5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda 
Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas pada mata minda anda tentang kejayaan anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda.  Lihat kejayaan dan keadaan anda yang hebat dalam "kejayaan" itu.

Gambaran "kejayaan" dalam minda anda itu akan membuatkan motivasi anda sentiasa di tahap teratas.  Dengan semangat berkobar-kobar itu anda akan lebih fokus, lebih komited serta lebih bertekad untuk mencapai matlamat yang telah anda tetapkan.

6. Tangani Halangan
Dalam melaksanakan perancangan anda, ada kalanya anda tidak terlepas daripada menghadapi beberapa halangan. Halangan-halangan itu mungkin berpunca dari anda sendiri atau dari orang lain atau disebabkan oleh masalah logistik.

Langkah-langkah proaktif yang perlu anda lakukan untuk menangani halangan-halangan tersebut ialah:
  1. Membuat jangkaan halangan-halangan atau kekangan-kekangan yang mungkin anda akan hadapi dan mesti anda atasi.
  2. Menumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya  maklumat-maklumat, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu yang dapat membantu anda mengatasi  halangan-halangan tersebut.

7. Sokongi Usaha anda dengan Keazaman Kental
Baki 90% adalah ditentukan oleh tahap keazaman dan usaha anda. Sokongi RANCANGAN anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat, Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai setiap matlamat anda mengikut tempoh yang anda telah tetapkan. Hadapi setiap cabaran dengan tenang dan berhemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran.

Dengan diiringi doa, keazaman, usaha gigih serta disiplin yang tinggi, insya-Allah, anda akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang anda impikan dengan cemerlang dan jayanya.




Definisi, Pengertian, Makna, Maksud Motivasi


Definisi, Pengertian, Makna, Maksud Motivasi

Oleh Taidin Suhaimin

 Artikel motivasi ini menjelaskan definisi, pengertian, maksud, makna atau takrifan motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami.

1. Motivasi Sebagai Pengarah Tuju & Penggerak Tindakan
Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Di dalam surat khabar, kerap pemberita menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan.

Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.


Oleh itu, kita boleh definisikan bahawa: 
"Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif."

2. Motivasi Sebagai Pendorong
Tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malah bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan. 
 
Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan.

Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya.


Oleh itu, bolehlah kita membuat kesimpulan di sini bahawa:
"Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang diinginkan."

3. Motivasi Sebagai Darjah Kesungguhan
Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap kesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak lama, tetapi jika apa yang dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan atau kesungguhan untuk berusaha sehinggalah matlamatnya tercapai.

Oleh itu, bolehlah juga kita membuat kesimpulan di sini bahawa:
"Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamatnya."

4. Motivasi Sebagai Stimulator
Seseorang lelaki dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga telah berjanji untuk hidup bersama, akan berusaha dengan penuh kesungguhan untuk menjadi suami isteri walaupun menghadapi pelbagai halangan berbuat demikian.

Itulah sebab makanya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah ke luar negara apabila ada halangan (undang-undang) yang tidak membolehkan mereka mendapat sijil perkahwinan di dalam negara. Seperti kata pepatah Melayu "Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih." 


Di sini dapatlah kita simpulkan bahawa: 
"Motivasi adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap sesuatu yang benar-benar diingini."

5. Motivasi Sebagai Pemangkin Keberanian
Apabila kita betul-betul dan benar-benar inginkan sesuatu, ketakutan atau kemalasan menjadi perkara kedua - mencapai matlamat akan menjadi perkara utama; maka, keberanian, kerajinan dan ketekunan akan timbul.
Oleh itu, bolehlah kita simpulkan atau definisikan bahawa:
"Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar diingini serta diyakini boleh dicapai / perolehi."

21 Cara Meningkatkan Motivasi Diri Oleh Taidin Suhaimin

21 Cara Meningkatkan
Motivasi Diri

Oleh Taidin Suhaimin

Artikel motivasi ini memaparkan 21 cara berkesan untuk meningkatkan motivasi atau memotivasikan diri anda terutamanya tatkala perasaan lemah, tidak bermaya, atau putus asa melanda diri anda!

Berikut ini adalah 21 cara!

  1. Kenal pasti apakah yang menyebabkan anda kehilangan semangat atau motivasi dan fikirkan langkah terdekat yang anda patut lakukan untuk mengembalikan atau meningkatkan motivasi diri anda.
  2. Baca buku motivasi terutamanya biografi orang-orang yang berjaya.
  3. Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah daripada Allah.
  4. Mendengar lagu-lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi kepada anda.
  5. Mencipta satu ritual – misalnya “Jika orang lain boleh, saya pun boleh.”
  6. Tidur sehingga anda benar-benar sihat dan segar semula. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan dan ketidakcergasan.
  7. Bersenam atau melakukan aktiviti-akitiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu supaya badan dan minda sentiasa sihat, cergas dan cerdas.
  8. Bertekad untuk menyiapkan semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan penuh kesungguhan sehingga selesai.
  9. Membuat atau mengkaji semula perancangan kerja atau hidup anda.
  10. Menghadiri seminar atau ceramah motivasi.
  11. Mendirikan sembahyang / solat khusus khusus untuk mendapat taufik, keampunan, petunjuk serta kekuatan dari Allah S.W.T.
  12. Bermain musik kegemaran anda sekiranya anda pandai bermain alat musik - mana tahu dapat pula mencipta suatu musik atau lagu yang hebat!
  13. Menatap gambar-gambar yang dapat memberi inspirasi dan semangat baru kepada anda.
  14. Meditasi untuk menenangkan diri dan minda serta meningkatkan daya memfokuskan fikiran.
  15. Menyusunatur pejabat / rumah / fail, kemas rumah dsb. - pejabat / rumah yang kemas mengarah kepada pemikiran yang cerdas, teratur, tenang dan produktif.
  16. Berjumpa dengan kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat mengatasi kemelut.
  17. Berjumpa dengan kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan, nasihat, motivasi atau bantuan.
  18. Keluar makan dengan ahli-ahli keluarga atau dengan kawan-kawan rapat lagi positif.
  19. Beriadah - bersiar-siar bersama ahli keluarga -  tempat yang baik untuk melakukan ini ialah bersiar-siar di Mall yang besar dengan berjalan agak laju sedikit atau sekali-sekala ke pantai yang indah lagi nyaman.
  20. Mengadakan kenduri doa selamat atau berjumpa dengan ibu-bapa jika masih ada.
  21. Melancong di dalam negeri atau ke luar negara dengan tujuan mendapatkan semangat, perspektif atau idea-idea baru.

Pilihlah mana-mana satu yang sesuai bila-bila masa anda memerlukan suntikan motivasi. Insya-Allah, semangat, motivasi dan kecergasan diri anda akan kembali kuat.

Cara Memotivasi Diri, Bagaimana Meningkatkan Motivasi Diri, Cara Meningkatkan Motivasi, Meningkatkan Motivasi Diri, Cara Berkesan Meningkatkan Motivasi Diri, Taidin Suhaimin


























Cara Memotivasi Diri, Bagaimana Meningkatkan Motivasi Diri, Cara Meningkatkan Motivasi, Meningkatkan Motivasi Diri, Cara Berkesan Meningkatkan Motivasi Diri, Taidin Suhaimin


Cara Memotivasi Diri, Bagaimana Meningkatkan Motivasi Diri, Cara Meningkatkan Motivasi, Meningkatkan Motivasi Diri, Cara Berkesan Meningkatkan Motivasi Diri, Taidin Suhaimin
















































Cara Memotivasi Diri, Bagaimana Meningkatkan Motivasi Diri, Cara Meningkatkan Motivasi, Meningkatkan Motivasi Diri, Cara Berkesan Meningkatkan Motivasi Diri, Taidin Suhaimin