
Beberapa defisini hipnosis :
- Hipnosis ialah keadaan separa sedar yang menyebabkan seseorang kelihatan seperti tidur tetapi masih boleh mendengar, melihat atau memahami perkara tertentu yang diajukan kepadanya oleh orang yang menguasainya mindanya ataupun menghipnotisnya ketika itu
- Hipnosis ialah satu kaedah memasuki minda bawah sedar manusia secara lisan dan memanipulasikannya mengikut kehendak yang di persetujui oleh kedua - dua pihak dan selalunya digunakan untuk tujuan tujuan perubatan, membuang tabiat buruk, memulihkan trauma dan sebagainya.
- Hipnosis adalah suatu keadaan yang menyerupai tidur yang dapat secara sengaja dilakukan kepada seseorang, di mana seseorang yang dihipnosis boleh menjawab pertanyaan yang diajukan, serta menerima saranan tanpa bantahan.
- Hipnosis adalah teknik atau cara dalam mempengaruhi orang lain untuk masuk ke dalam keadaan luar biasa hipnosis.
- Hipnosis adalah suatu keadaan di mana perhatian menjadi sangat fokus sehingga tahap daya terima saranan meningkat sangat tinggi.
- Hipnosis adalah seni komunikasi untuk mempengaruhi seseorang sehingga mengubah tahap kesadarannya, yang dicapai dengan cara menurunkan gelombang otak dari Beta menjadi Alpha dan Theta.
- Hipnosis adalah seni komunikasi untuk menjelajahi alam bawah sedar.
Semua definisi di atas benar, kerana menandakan salah satu atau beberapa gejala dari keadaan hipnosis. Akan tetapi apa yang diungkapkan diatas belum boleh mencerminkan apa yang paling unik dari hipnosis yang berbeza dari keadaan mental lain. Sebab itu, kami memilih menggunakan definisi hipnosis yang dibuat oleh U.S. Department of Education, Human Services Division, dikatakan bahwa; “Hypnosis is the by-pass of the critical factor of the conscious mind followed by the establishment of acceptable selective thinking” atau “Hipnosis adalah penembusan faktor kritikal fikiran sedar diikuti dengan diterimanya suatu pemikiran atau saranan”.
Hipnosis Adalah Fenomena Semulajadi dan Normal

Anda mengalami keadaan sama seperti hipnosis minimum 2 kali sehari, iaitu saat Anda akan tertidur dan bangun tidur tapi masih malas untuk bangun. Pada saat itu, seluruh tubuh Anda beristirehat tapi fikiran anda masih bekerja walaupun separuh sedar.
Contoh lain peristiwa hipnosis iaitu ketika Anda membaca novel atau menonton filem yang asyik. Anda merasakan takut, bersemangat, cemas, sedih, menangis, dan ketawa, padahal Anda tahu bahwa yang Anda saksikan hanyalah cerita fiksyen belaka.
Apakah Anda terhipnosis oleh cerita yang Anda ikuti? Ya benar, Anda terhipnosis. Apakah anda dikendalikan oleh cerita dalam filem? - Tentu saja tidak. Dan memang seperti itulah hipnosis. Hipnosis hanya dapat Anda rasakan apabila Anda mengizinkan diri Anda untuk mengalaminya. Seperti ketika Anda membaca novel atau menonton filem, Anda sendiri yang mengizinkan diri Anda untuk terpengaruh oleh filem atau hanyut dalam cerita novel.

Hipnosis adalah fenomena mental semula jadi. Setiap manusia normal mempunyai kemampuan untuk mengalami hipnosis. Anda dapat menolak hipnosis dengan cara mengabaikan semua yang dikatakan hypnotist. Seperti halnya anda boleh menolak untuk terharu oleh cerita yang sedih dalam filem dengan cara memikirkan hal lain ketika menonton filem.
Hipnosis Tidak Selalu Rileksasi

Disamping itu, banyak sekali orang yang takut dihipnosis. Ketakutan ini wajar kerana mereka belum mengenal hipnosis dari sumber yang benar. Banyak orang beranggapan, bahawa orang yang dihipnosis akan dikuasai fikirannya oleh orang yang menghipnosis. Pendapat tersebut tidak benar, kerana dalam keadaan hipnosis, seseorang tetap dapat mengawal dirinya. Kami sudah membahas mengenai fahaman yang salah mengenai hipnosis pada artikel tersendiri.
Terma dan Definisi
Banyak orang yang belum memahami istilah hipnosis dengan sebenar. Beberapa terma di bawah ini perlu Anda fahami definisinya.
- Hipnosis / Hypnotism = Boleh diertikan sebagai ilmu untuk menghipnotis. Definisi secara lengkap seperti yang sudah dijelaskan diatas.
- Hipnotis = Orang yang melakukan hipnosis atau "ahli hipnosis".
- Hipnotis adalah terjemahan dari hypnotize (verb) yang ertinya "melakukan hipnosis"
- Hipnoterapi = Aplikasi hipnosis untuk terapi pengubatan.
- Hipnoterapis = Orang yang ahli menggunakan hipnosis untuk terapi.
- Saranan = Perintah atau saran yang diberikan hipnotis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan