Sabtu, 30 Julai 2011

ILMU SAMPAH?

Dalam Seminar Majlis Kaunseling Kebangsaan yang diadakan di UPM Serdang baru-baru ini, seorang pembentang kertas kerja yang bergelar profesor berkata...: "Ilmu yang kita dapat adalah sampah kerana sebelum kita mempelajarinya, ia telah disaring oleh barat..." Sampah? Sehina itu?  Apa bezanya dengan sampah masyarakat? Maka istilah sampah amat tidak sesuai digunakan.  Mohon fikirkan istilah yang lebih bersifat ilmiah ya prof...

One thing...saya bangun dan menyatakan:..."Saya ingin berkongsi satu maklumat...kemungkinan dakwaan prof bahawa kita menerima ilmu yang bersifat hampas...patinya telah diambil oleh barat...Sebagai contoh tiada satu universitipun di seluruh negara menawarkan subjek hipnosis atau hipnoterapi".  Mengapa? Ia pati pendekatan perubahan tingkah laku yang efektif.  Pelaksanaannya mudah dan memberikan impak yang tinggi.  Mengapa barat sorokkannya? Ya...kerana kita dianggap tidak berhak untuk menerima patinya.  Malah ilmu ini dimomokkan pula dengan pukau yang tidak ada kena mengena langsung dengan hipnosis...

Based on my pengalaman (sayapun beri contoh sesi yang telah saya laksanakan dan kesan positifnya)...Kajian menunjukkan minda kita boleh menerima sebanyak 12% nilai dalam keadaan consious mind dan 88% dalam keadaan sub consious mind....  Belum sempat saya habiskan pernyataan prof dah beri isyarat nak minta mikrofon...dan berkata "bukan sub consious mind ya...un consious mind..."   Haaaa??  saya berkata dlm hati. Kalau unconsious mind , minda dalam keadaan totally rest atau tidur dan tak menerima apa2 maklumat... dia fahamkah maksud hipnosis?

Sesungguhnya kesombongan diri 'merasakan' diri cukup berilmu hanya mempamerkan pekung di dada.  Memberi ruang kepada umum untuk melihat kehinaan diri yang sedia hina. Maka demikian, para cendiakiawan (terutama yg bergelar profesor) buka mata melihat ke dalam diri, selami nilai hati, agar kelapaan...tidak memakan diri sendiri.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan