Syafrimen,Ph.D, Lecturer Psychology of Education at faculty of Education,
Institute for Islamic Studies "Raden Intan" Lampung, Indonesia.Graduate
from faculty of Education, Institute for Islamic Studies "Imam Bonjol"
Padang, Sumatera Barat, Indonesia (Degree). faculty of Education,
National University of Malaysia (Master and Ph.D).

SATURDAY, APRIL 10, 2010
Pembinaan Modul EQ
Pembinaan Modul EQ Untuk Latihan Kecerdasan Emosi Guru-Guru
Dr. Syafrimen (faculty of education, Institute for Islamic Studies "Raden Intan" Lampung, Indonesia)
Prof. Madya. Dr. Noriah Mohd. Ishak (faculty of education, National University of Malaysia)
Prof. Dr. Datin Siti Rahayah Ariffin (Dean faculty of education, National University of Malaysia)

www.ukm.my.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membina modul EQ bagi membantu meningkatkan kecerdasan emosi guru-guru. Kaedah gabungan (explanatory mixed methods designs) telah digunakan sebagai metodologi kajian. Kajian dijalankan melalui dua fasa, dimulakan dengan kajian tinjauan melibatkan 112 orang guru, bagi tujuan menentukan ko-kopentensi EQ yang perlu diberikan intervensi. Diteruskan dengan kajian kes (n= 32 orang pakar dan orang-orang berjaya) dan analisis dokumen (n=12 dokumen), bagi menentukan kaedah dan kesesuaian modul untuk pembinaan ko-kompetensi yang telah dikenal pasti. Data fasa pertama dikumpul mengunakan satu set instrumen EQ (IKEM/MEQI), dan dianalisis menggunakan SPSS Windows versi 15.0 Manakala data fasa kedua pula dikumpul melalui temu bual mendalam, temu bual berkumpulan dan analisis dokumen, seterusnya data-data tersebut dianalisis menggunakan perisian NVivo 2 dan NVivo 7. Dapatan kajian fasa pertama menunjukkan terdapat 11 kompetensi EQ yang perlu diberikan intervensi (kesedaran emosi, penilaian kendiri yang tepat, keyakinan diri, niat, kawalan kendiri, kebolehpercayaan, dorongan pencapaian, memahami orang lain, mengembangkan potensi orang lain, mempengaruhi orang lain, dan pengurusan konflik). Kajian kes pula menunjukkan terdapat kaedah-kaedah tertentu untuk meningkatkan 11 kompetensi EQ tersebut. Hasil kajian kedua-dua fasa tersebut telah dijadikan asas untuk pembinaan modul. Kesemua kompetensi tersebut telah diberikan latihan selama 4 hari menggunakan modul EQ yang dibina. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan pada 11 kompetensi EQ tersebut. Peserta latihan juga menyatakan bahawa mereka merasa seronok mengikuti latihan menggunakan modul EQ yang dibangunkan.
ABSTRACT
The purpose of this study is to develop the EQ module to help improve emotional intelligence teachers. Explanatory mixed methods designs were utilized in the method section. This was a two-phase study which started by an observation study involving 112 teachers to decide the EQ co-competency that needed intervention. Furthermore, this study also utilized a case study (n= 32 working professionals) and document analysis (n= 12 documents), to decide the methods and usefulness of the module in developing a valid co-competency. The data for the first phase were collected using an EQ instrument (IKEM/MEQI), and was analyzed using the SPSS softwares. Whereas the data from the second phase were collected through an in-depth interview, group interview and document analysis, which were then analyzed using the NVivo 2 and NVivo 7softwares. The findings of the first phase showed that there are 11 EQ competencies that needed intervention (emotioanal awareness, Accurate Self-Assessment, self confidence, honesty, self controll, Trustworthiness, achievement drive, Undertanding others, developing others, influence, conflict managemet). The case studies also showed that there are certain methods to increase those 11 EQ competencies. The result of both phases were used as the foundation to develop an EQ module which was the main objective of this study. All of those competencies has been trained for 4 days using the newly developed EQ module. The result of the study showed that there are improvements on those 11 EQ competencies. Training participants also said that they had fun in the training using the newly developed EQ module.
A. Pengenalan
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) mewadahkan satu cita-cita yang sangat mulia iaitu ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam pendidikan formal peranan guru sangat penting untuk menjayakan hasrat FPN tersebut (Tajul Ariffin & Nor ’Aini dan 2002). Justru, guru perlu lebih mantap terlabih dahulu dalam semua aspek yang disentuh oleh FPN tersebut, sebelum mereka membantu dan mendidik pelajar-pelajar di sekolah.
Bagaimanapun laporan media menunjukkan wujudnya peningkatan insiden ketidakstabilan emosi dalam kalangan guru-guru [Berita Harian (24 Ogos 2000, 21 November 2000, 7 Ogos 2003, 7 Mei 2004); Utusan Malaysia (April 2001, 4 Januari 2002); New Straits Times 12 Ogos 2000); Syed 2005]. Walaupun bilangan guru yang menunjukkan insiden sebegini agak kecil berbanding dengan jumlah populasi guru, namun, ianya memberikan impak yang negatif kepada pelajar dan profesion perguruan.
Beberapa kajian juga mendapati ramai dalam kalangan guru-guru terlibat dalam isu-isu berkaitan dengan tekanan kerja, kemurungan, tahap kepuasan kerja dan motivasi yang rendah serta kebimbangan kerja yang tinggi (Antoniou 2000; Noriah & Aliza 2002 & Taniza 2002). Fenomena tersebut boleh menyumbang ke atas ketidakstabilan emosi mereka. Menurut Antonius, Polychroni dan Walter (dlm Chua & Adi 2002) tekanan kerja di kalangan guru-guru tidak sahaja menyebabkan terjejasnya kesihatan fizikal dan mental tetapi juga boleh mempengaruhi kualiti pengajaran guru berkenaan. Justeru, peranan EQ sangat membantu guru-guru dalam menangani pelbagai tekanan yang mereka hadapi.
Bahagian Kurikulum BPG, Kementerian Pelajaran Malaysia, sememangnya telah memasukan komponen EQ (kemahiran generik: kompetensi kecerdasan emosi) ke dalam kurikulum teras pendidikan bagi kursus persediaan calon guru-guru di peringkat ijazah yang berkuatkuasa mulai Julai 2004. Manakala bagi kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI) komponen EQ hanya disisipkan dalam komponen psikologi pendidikan. Ini menunjukkan belum terdapat satu modul yang mantap untuk melatih kecerdasan emosi guru-guru. Justru, kajian sebegini penting dijalankan supaya proses penambahbaikan kualiti latihan kecerdasan emosi untuk guru-guru dapat ditingkatkan. Untuk itu kajian ini cuba dijalankan untuk menjawab beberapa soalan kajian berikut:

i. Apakah kompetensi EQ yang perlu diberikan intervensi dalam kalangan guru-guru? ii. Bagaimanakah pandangan pakar dan orang-orang berjaya untuk pembinaan kompetensi tersebut? iii. Apakah kaedah yang sesuai digunakan bagi melatih kompetensi tersebut? iv. Apakah profil kopetensi EQ guru-guru sebelum dan selepas latihan menggunakan modul EQ yang dibina? v. Bagaimanakah pandangan guru-guru tentang latihan EQ menggunakan mudul latihan yang EQ dibina?
B. Metodologi Kajian
Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah gabungan ”explanatory mixed methods desings” yang dijalankan melalui dua fasa. Fasa pertama menggunakan pendekatan kuantitatif (kajian tinjauan) dan fasa kedua menggunakan pendekatan kualitatif (kajian kes). Penggabungan dua pendekatan ini membolehkan pengkaji mendapatkan data yang lebih komprehensif bagi tujuan pembinaan modul EQ yang menjadi matlamat utama kajian ini (Creswell 2007; Wiersma 2000). Penggabungan dua pendekatan ini juga dapat memberikan gambaran yang lebih terperinci tentang masalah yang dikaji Creswell 2005; Mils & Airasian 2006; Creswell 2007). Mereka juga menyatakan bahawa penggunaan kaedah gabungan ini mempunyai kelebihan tersendiri dalam mengumpul dan menganalisis data yang dapat menghasilkan sesebuah penyelidikan yang lebih kukuh dan berkualiti.
Fasa pertama melibatkan 112 orang guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, yang sedang melanjutkan pendidikan Master Doktor Falsafah di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sedangkan fasa kedua melibatkan 32 orang pakar dan orang-orang yang dianggap berjaya dalam bidang masing-masing. 8 orang untuk temu bual individu dan 24 orang untuk temu bual berkumpulan. Pemilihan subjek dilakukan menggunakan kaedah ”porposive sampling” iaitu teknik pengambilan subjek kajian dengan mengambil kira pertimbangan-pertimbangan tertentu. Pertimbangan dimaksudkan di dalam kajian ini adalah subjek yang dipilih dianggap pakar dalam bidang kajian yang dijalankan, dan subjek yang dipilih dijangkakan dapat memberikan data secara komprehensif. Pada fasa kedua ini juga analisis dokumen dilakukan (n=12 dokumen) untuk mendapatkan gambaran tentang bagaimana latihan EQ sesuai dilaksanakan. Selanjutnya pembinaan modul EQ dilakukan dengan mengintergrasikan dapatan kajian fasa pertama dan kajian fasa kedua.
C. Dapatan Kajian
c.i. Profil Responden
112 orang guru telah mengambil bahagian dalam analisis keperluan (fasa pertama). 36 orang (32.1%) berumur 30 tahun ke bawah, 53 orang (47.3%) berumur 31-40 tahun dan 23 orang (20.5%) berumur di atas 40 tahun. Sedangkan berdasarkan jantina didapati 43 orang (38.4%) guru-guru lelaki dan 69 orang (61.6%) guru-guru perempuan. Manakala berdasarkan bangsa pula 103 orang (92.0%) guru-guru Melayu, 2 orang (1.8%) guru berbangsa Cina dan 7 orang (6.3%) berbangsa India. Latar belakang mereka berdasarkan status perkahwinan pula didapati 69 orang (61.6%) telah berkahwin dan 32 orang (28.6%) masih bujang. Terdapat 11 orang (9.8%) yang tidak menyatakan status perkahwinan mereka (mising).
Untuk pengujian modul 33 orang guru telah dilibatkan. Daripada 33 orang guru tersebut, 20 orang (60.6%) berumur di atas 40 tahun, 8 orang (24.2%) berumur 31-40 tahun dan 5 orang (15.2%) berumur 30 tahun ke bawah. Berdasarkan jantina pula didapati 15 orang (45.5%) guru-guru lelaki dan 18 orang (54.5%) guru-guru perempuan. Berdasarkan bangsa pula didapati 30 orang (90.9%) Melayu, 2 orang (6.1%) berbangsa Cina dan satu orang (3.0%) berbangsa India. Sedangkan berdasarkan status perkahwinan pula didapati 28 orang (84.8%) telah berkahwin dan 5 orang (15.2%) di kalangan mereka masih bujang.
Profil responden yang terlibat dalam kajian kes pula dikelompokan kepada empat kategori utama iaitu latar belakang berdasarkan umur, pendidikan, pengalaman bekerja, dan berdasarkan kursus-kursus yang pernah mereka ikuti. Secara umumnya subjek yang teribat adalah berumur di atas 40 tahun (100%). Berdasarkan latar belakang pendidikan subjek-subjek yang terlibat di dalam temu bual berkumpulan, secara umumnya mempunyai latar belakang diploma pendidikan (100%), dan mereka sedang dalam proses mendapatkan Degree melalui program pensiswazahan PKPG. Sedangkan subjek-subjek yang terlibat di dalam temu bual individu, keseluruhanya berkelulusan Doktor Falsafah (100%) sama ada di dalam mahupun di luar Negara, bahkan mereka telahpun mendapatkan gelaran Profesor Madya dan full Profesor dalam bidang kepakaran masing-masing. Berdasarkan pengalaman, subjek yang terlibat dalam temu bual individu keseluruhanya mempunyai pengalaman kerja di atas 10 tahun (100%). Sedangkan yang terlibat dalam temu bual berkumpulan, berpengalaman kerja 10-20 tahun (82%), bahkan ada dalam kalangan mereka yang mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun (18%). Sedangkan berdasarkan kursus yang pernah mereka ikuti (selain daripada kursus formal), 100% mereka tidak pernah mengikuti sebarang kursus yang spesifik berkaitan dengan EQ.
c.ii. Kopetensi EQ Yang Perlu Diberikan Intervensi
Hasil kajian menunjukkan terdapat 11 sub domain kritikal yang perlu diberikan perhatian untuk intervensi iaitu, semua sub domain kesedaran kendiri; (i) kesedaran emosi (Min= 63.98), (ii) penilaian kendiri yang tepat (Min= 69.03), (iii) keyakinan diri (Min= 70.58), dan (iv) niat (Min= 78.84). Dua sub domain regulasi kendiri iatu; (v) kawalan kendiri (Min= 77.66) dan (vi) kebolehpercayaan (Min= 79.89). Satu sub domain motivasi kendiri iaitu; (vii) dorongan pencapaian (Min= 76.90). Dua sub domain empati iaitu; (viii) memahami orang lain (Min= 77.25) dan (ix) mengembangkan potensi orang lain (Min= 79.82). Dua sub domain kemahiran sosial iaitu; (x) mempengaruhi orang lain (Min= 68.61) dan (xi) pengurusan konflik (Min= 72.25). Penentuan komponen kritikal ini dibuat berdasarkan EQ Indect Interpretation oleh Noriah (2007).
c.iii. Kaedah Pembinaan Kompetensi EQ
(i) Pembinaan Kesedaran Emosi
Dapatan kajian menunjukkan terdapat lima perkara penting yang dikongsikan oleh subjek untuk pembinaan kesedaran emosi, iaitu memperbaiki diri, mengimbas pengalaman lepas, usaha secara berterusan, berfikir sebelum bertindak, dan kembali kepada akidah ataupun keyakinan. Memperbaiki diri merujuk kepada kemampuan individu untuk sentiasa bekerja keras, proaktif, serta selalu berusaha memperbaiki diri sendiri. Mereflek pengalaman lepas pula merujuk kepada kemampuan seseorang untuk menjadikan pengalaman mereka sebagai panduan untuk memuhasabah diri. Sedangkan usaha secara berterusan merujuk kepada ketahanan individu untuk sentiasa berusaha secara konsisten untuk mempelajari dirinya sendiri. Berfikir sebelum bertindak pula menggambarkan tentang kehati-hatian diri seseorang dalam melakukan sesuatu. Manakala akidah dan keyakinan pula merujuk kepada kesedaran tentang keberadaan Tuhan di dalam kehidupan mereka.
(ii) Pembinaan Penilaian Kendiri Yang Tepat
Untuk pembinaan penilaian kendiri yang tepat hasil kajian menunjukkan, dilakukan melalui empat kaedah iaitu, sedar dengan role function, memerlukan orang lain, usaha maksimum dan konsisten, dan merefksi kesilapan yang pernah dilakukan. Sedar dengan role function merujuk kepada kemampuan seseorang untuk menyedari apakah peranan dirinya di dalam kehidupan sama ada dalam keluarga, tempat kerja mahupun dalam kehidupan bermasyarakat. Memerlukan orang lain pula merujuk kepada kemampuan individu untuk membuka peluang kepada orang lain untuk memberikan penilaian terhadap dirinya. Sedangkan usaha maksimum dan konsisten pula menunjukkan kemampuan individu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan kepada dirinya. Manakala merefleksi kesilapan pula merujuk kepada kemahiran seseorang untuk menjadikan kesilapan yang pernah dilakukan untuk menilai kekuatan dan kelemahan yang terdapat di dalam dirinya.
(iii) Pembinaan Keyakinan Diri
Untuk pembinaan keyakinan diri dapatan kajian juga menunjukkan empat kaedah yang dikongsikan oleh subjek kajian, iaitu berfikir positif, persediaan yang sempurna, kemahiran (skill), dan sentiasa berdo’a. Berfikir positif menggambarkan tentang kemahiran individu untuk melihat dirinya daripada pelbagai aspek yang positif. Persediaan yang sempurna pula menggambarkan tentang keupayaan seseorang untuk mempersiapkan segala sesuatu secara matang apabila memulakan sesuatu tugasan. Kemahiran (skill) pula merujuk kepada persediaan keterampilan yang mantap dalam menjalankan sesuatu pekerjaan yang diamanahkan kepadanya. Manakala berdoa’a pula menggambarkan tentang keyakinan individu terhadap kekuatan yang berada di luar dirinya yang sentiasa membantu dirinya apabila dia memohon secara sungguh-sungguh kepada kekuatan tersebut. Bagaimanapun individu ini berkeyakinan bahawa pertolongan tersebut akan datang apabila dirinya telah melakukan usaha secara maksimum untuk menampakan keyakinan dirinya.
(iv) Pembinaan Niat
Terdapat tiga kaedah yang dikongsikan oleh subjek untuk pembinaan niat di dalam diri mereka, kaedah-kaedah tersebut adalah sentiasa melihat tugasan sebagai amanah dan ibadah, sentiasa berserah diri dan sentiasa mempunyai niat yang ikhlas. Amanah dan ibadah merujuk kepada bagaimana seseorang melihat tugasan yang diberikan kepadanya, tugas bukan hanya dipertanggungjawabkan di sisi manusia tetapi juga di sisi Yang Maha Melihat. Berserah diri pula merujuk kepada kemampuan individu untuk menyandarkan setiap tugasan yang dilakukan kepada yang Maha Tinggi. Manakala keikhlasan pula merujuk kepada usaha seseorang untuk sentiasa meluruskan niat mereka sebelum memulakan sesuatu tugasan yang diberikan.
(v) Pembinaan Kawalan Kendiri
Terdapat empat kaedah yang dikongsikan oleh subjek untuk pembinaan kawalan kendiri, iaitu melihat orang lain daripada perspektif mereka, berfikir rasional, sabar dan bertenang, dan keyakinan terhadap agama. Bagaimanapun tiga kaedah pertama merupakan kaedah unggulan bagi subjek yang terlibat di dalam kajian ini. Walaupun peratusan keyakinan terhadap agama nampak agak kecil (30%), namun subjek masih melihat berpegang pada agama tersebut berperanan dalam membantu mereka dalam mengawal diri. Dengan perkataan lain pengendalian diri mereka menjadi lebih mantap apabila mereka dapat mengambil kira keempat-empat komponen tersebut.
(vi) Pembinaan Kebolehpercayaan
Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua kaedah yang dikongsikan oleh subjek untuk pembinaan kebolehpercayaan, iaitu melakukan sesuatu mengikut yang benar, dan sentiasa jujur dalam melakukan sesuatu. Melakukan sesuatu mengikut yang benar merujuk kepada kebolehan seseorang untuk melakukan sesuatu tugasan berdasarkan kebenaran, bukanya kerana adanya sesuatu yang diharapkan di sebalik pekerjaan tersebut. Manakala jujur pula menunjukkan ketulusan dan keyakinan seseorang bahawa setiap tugasan yang dilakukan sentiasa dilihat oleh Yang Maha Tinggi.
(vii) Pembinaan Dorongan Pencapaian
Terdapat lapan kaedah yang dikongsikan oleh subjek untuk pembinaan dorongan pencapaian dalam kehidupan mereka, iaitu melihat cabaran sebagai peluang, perancangan, disiplin dan istiqamah, usaha maksimum, belajar daripada keberhasilan orang lain, belajar daripada kegagalan, matlamat mesti jelas, dan amanah. Bagaimanapun bila dilihat pada kekerapan subjek menggunakan pengalaman tersebut didapati peratusan tertinggi adalah pada komponen melihat cabaran sebagai peluang, dikiuti oleh perancangan, disiplin dan istiqamah, usaha maksimum, belajar daripada keberhasilan orang lain, belajar daripada kegagalan, dan matlamat mesti jelas. Sedangkan amanah merupakan peratusan terendah yang mereka kongsikan. Namun mereka masih melihat sekiranya seseorang melihat kejayaan itu sebagai satu amanah di dalam kehidupan dirinya, maka perkara tersebut boleh menjadi pendorong di dalam mewujudkan kecemerlangan.
(viii) Pembinaan Memahami Orang Lain
Terdapat tiga kaedah yang dikongsikan oleh subjek untuk dapat memahami orang lain, iaitu mengambil berat, bertolak angsur dan merendahkan ego, serta fleksibel. Mengambil berat merujuk kepada kemampuan individu untuk merasakan keadaan yang dirasakan oleh orang lain seperti apa yang mereka rasakan. Sedangkan bertolak angsur dan merendahkan ego pula merujuk kepada kebolehan individu untuk mengalah demi menghargai perasaan orang lain. Manakala fleksibel pula merujuk kepada kesanggupan untuk menerima orang lain dalam pelbagai keadaan.
(ix) Pembinaan Pengembangan Potensi Orang Lain
Terdapat tiga kaedah yang dikongsikan oleh subjek dalam mengembangkan potensi orang lain, iaitu beri sokongan dan galakan, memberikan peluang, dan memberikan kesedaran. Memberi sokongan merujuk kepada kemampuan individu untuk memberikan dorongan, peneguhan dan meraikan potensi yang dimiliki oleh seseorang. Sedangkan memberi peluang pula merujuk kepada kemampuan individu untuk mencarikan peluang ataupun jalan kepada orang lain untuk mengembangkan potensi yang ada pada dirinya. Manakala memberi kesedaran pula merujuk kepada kemampuan seseorang dalam memberikan kesedaran kepada orang lain untuk menyatakan bahawa orang tersebut mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh daripada apa yang didapatkan sekarang ini.
(x) Pembinaan Cara Mempengaruhi Orang Lain
Hasil kajian mendapati terdapat tiga kaedah yang dikongsikan oleh subjek untuk mempengaruhi orang lain, iaitu make them happy dan menyenangkan, membina rasa kebersamaan, dan berikan idea beserta sokongan. Make them happy dan menyenangkan merujuk kepada kemampuan individu untuk membuat orang lain menjadi bahagia dan senang dengan dirinya. Sedangkan membina rasa kebersamaan merujuk kepada kemampuan individu untuk menunjukkan rasa kebersamaan, dan mampu merapatkan jurang antara diri sendiri dengan orang lain. Manakala memberikan idea beserta sokongan merujuk kepada kemampuan individu dalam memberikan hujah dan logik yang meyakinkan apabila menyampaikan idea kepada orang lain.
(xi) Pembinaan Cara Pengurusan Konflik
Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat kaedah yang dikongsikan oleh subjek dalam pengurusan konflik iaitu: mengumpulkan maklumat, tidak memihak, kembali pada agama, dan tunjukan matlamat ataupun goal. Mengumpulkan maklumat merujuk kepada kemahiran individu untuk mendapatkan maklumat yang kukuh dari pelbagai pihak dalam menyelesaikan koflik yang berlaku. Tidak memihak pula menggambarkan tentang kemahiran seseorang dalam mendengarkan luahan daripada pihak-pihak yang berkonflik, individu ini tidak bias dalam mendengar dan mencermati pelbagai maklumat yang diberikan oleh kedua belah pihak yang berkonflik. Sedangkan kembali kepada agama pula merujuk kepada kemahiran seseorang untuk menjadikan Agama sebagai landasan dalam penyelesaian konflik. Manakala tunjukkan matlamat dan goal pula merujuk kepada kemahiran individu untuk menyatakan, bahawa terdapat satu matlamat yang lebih penting yang mesti dicapai. Matlamat tersebut tidak mungkin dapat dicapai sekiranya orang-orang yang akan menjayakan dalam keadaan berkonflik.
c.iv. Kaedah Yang Digunakan Dalam Latihan EQ
Kajian ini juga mendapati terdapat empat kaedah yang sesuai digunakan dalam memberikan latihan EQ terhadap guru-guru iaitu; (i) mesti mempunyai model yang jelas untuk dijadikan landasan dalam latihan. (ii) Dilaksanakan dengan cara hikmah, iaitu dengan cara memandu peserta latihan agar dapat mengenali dan mempelajari diri sendiri, kerana EQ merupakan aspek dalaman seseorang, (iii) Pembelajaran dalam latihan berlaku melalui pengalaman dan perbuatan, iaitu peserta dapat belajar sendiri melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan di dalam latihan,dan (iv) Mestilah berterusan, iaitu memberikan kemahiran kepada peserta agar mereka dapat berlatih secara berterusan, bukan hanya semasa latihan diberikan.
c.v. Kopetensi EQ Guru-Guru Sebelum dan Selepas Mengikuti Latihan Mengunakan Modul EQ
Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan skor terhadap kompetensi EQ yang diberikan intervensi menggunakan modul EQ yang dibina. Peningkatan skor tersebut dapat dilihat berdasarkan perbandingan hasil ujian yang diperolehi oleh subjek sebelum dan setelah mereka mendapatkan latihan. Skor Min yang mereka perolehi adalah: Kesedaran emosi (pra= 63.88, paska= 94.12), penilaian kendiri yang tepat (pra= 67.71, paska= 88.74), keyakinan diri (pra= 65.22, paska= 95.13), niat (pra= 77.77, paska= 95.08), kawalan kendiri (pra= 71.87, paska= 93.15), kebolehpercayaan (pra= 73.03, paska= 98.63), dorongan pencapaian (pra= 70.22, paska= 92.91), memahami orang lain (pra=70.72, pasca= 96.52), mengembangkan potensi orang lain (pra= 70.75, paska= 89.87), mempengaruhi orang lain (pra= 62.36, paska= 98.10), dan pengurusan konflik (pra= 68.03, paska= 90.26).
c.vi. Pandangan Subjek Terhadap Training EQ Menggunakan Mudul Yang Dibina
Hasil kajian menunjukkan secara umumnya subjek menyatakan latihan yang dilaksanakan menggunakan modul latihan EQ telah memberikan perubahan kepada diri mereka, memberikan pengetahuan baru kepada mereka, dan memberikan kesedaran kepada diri mereka. Perubahan yang dimaksudkan oleh subjek adalah mereka dapat melihat diri mereka dengan lebih positif dan dapat mereka aplikasikan di dalam kehidupan seharian. Sedangkan memberikan pengetahuan pula menunjukkan latihan tersebut dapat memberikan kefahaman kepada mereka tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan emosi sendiri dan juga orang lain. Manakala memberikan kesedaran pula menunjukkanlatihan tersebut dapat memberikan kesedaran tentang perubahan yang berlaku di dalam diri mereka, serta dapatan mengarahkan perubahan tersebut kepada perkara-perkara yang lebih positif.
D. Perbincangan dan Kesimpulan
Guru merupakan profesyen yang sangat mulia berperanan memanusiakan manusia. Untuk memanusiakan manusia, guru perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang mungkin tidak sama dengan profesyen lain. Guru perlu mengusai ilmu dalam bidang kepakaranya dengan cemerlang, dan guru perlu menguasai ilmu dan kemahiran mengenai kaedah yang boleh membuat suasana pengajaran yang lebih berkesan (McNergney dan Herbert 1998; Mohd. Sani 2002; Kamarul Azmi & Ab. Halim 2008). Justeru, ciri kedua ini mengisyaratkan guru perlu kepada ilmu psikologi, agar tugas memanusiakan manusia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Guru berkesan adalah guru yang sentiasa membina keunggulan sahsiah pelajarnya dan keunggulan suasana pengajaran dan pembelajaran. Justeru, guru tidak hanya mementingkan pencapaian akademik pelajar, tetapi mereka perlu mengambil berat terhadap keseimbangan antara pengisian penghayatan Agama dan moral dengan penguasaan kemahiran dalam bidang yang mereka ajarkan (Tajul Arifin & Nor ’Aini Dan 2002; Kamarul Azmi & Ab. Halim 2008). Guru profesional sentiasa bersedia untuk meningkatkan kualiti dan prestasi diri menerusi latihan-latihan profesionalisme perguruan (Tajul Arifin & Nor ’Aini Dan 2002; Rohaty 2002; Mohd. Sani, Izham & Jainabee 2008). Rohaty (2002) menggariskan beberapa ciri personaliti guru untuk membantu mereka mewujudkan cita-cita yang digariskan oleh FPN, seperti guru mestilah bersikap mesra, boleh humor, memiliki sifat empati, suka belajar, amanah, bertanggungjawab dan mempertahankan etika profesyen. Bila dikaitkan dengan kajian-kajian psikologi (Goleman 1995,1999; Skovholt & D'rozario 2000; Mohd Najib 2000; Noriah et al. 2001; Ary Ginanjar 2005; Zuria & Noriah 2003, Noriah & Siti Rahayah 2003; Noriah,Syed Najmuddin & Syafrimen 2003; Wan Ashibah 2004; Syafrimen 2004; Noriah et al. 2004; Syed Najmuddin 2005 & Zurinah 2007) menunjukkan kemahiran guru dalam aspek psikologi, seperti kemahiran EQ perlu dipertingkatkan, bagi memperkukuhkan ciri-ciri yang disebutkan itu. Kemahiran EQ dimaksudkan adalah seperti kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri, empati dan kemahiran sosial.

Menurut Dadang Hawari (2003) pendidik yang memiliki EQ yang tinggi mampu mengendalikan diri dengan baik, sabar dalam mendidik, tekun, tidak mudah bertindak secara agresif apatah lagi sampai mencederakan pelajar, serta sentiasa berfikiran positif di dalam menjalankan tugas pendidikan. Menurut beliau untuk memperolehi EQ yang tinggi individu sepatutnya telah didedahkan semenjak daripada awal lagi, cara yang paling sederhana adalah melalui contoh teladan yang ditunjukkan oleh ibubapa. Ketika memasuki alam persekolahan, murid dan pelajar banyak menghabiskan masa mereka di sekolah, untuk itu guru-guru sepatutnya tidak hanya pandai memindahkan ilmu pengetahuan tetapi juga dapat memberikan contoh teladan yang baik kepada murid-murid dan pelajar-pelajar mereka (Tajul Ariffin & Nor’Aini Dan 2002; Kamarul Azmi & Ab. Halim 2008). Justeru guru yang memiliki EQ yang tinggi sentiasa dapat mengawal tingkah laku yang dapat merugikan diri sendiri dan juga orang lain (Dadang Hawari 2003; Noriah, Syed Najmuddin & Syafrimen 2003; Syed Najmuddin 2005).
Al-Ghazali cuba mengelompokan manusia kepada empat kelompok besar, dalam penulisan ini dikaitkan dengan senario sebagai seorang pendidik. Pertama, adalah ”guru yang tahu, dan dia tahu kalau dirinya tahu”. Menurut Ghazali individu seperti ini sememangnya sangat sesuai memilih profesion sebagai seorang guru. Kedua, ”guru yang tidak tahu, dan tahu kalau dirinya tidak tahu”. Menurut beliau ini adalah menunjukkan personaliti guru yang arif. Guru seperti ini mempunyai peluang untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, kerana sentiasa mahu belajar perkara-perkara yang tidak diketahui. Ketiga, guru yang tahu tetapi dia tidak tahu kalau dirinya tahu”. Guru seperti ini perlu diingatkan bahawa dirinya mempunyai petensi yang baik yang boleh dimanfaatkan untuk mendidik dengan lebih berkesan. Guru sebegini kebiasaanya memerlukan sokongan daripada persekitaran agar dapat menggunakan potensi yang dimiliki sepenuhnya. Keempat, ”guru yang tidak tahu tetapi dia tidak tahu kalau dirinya tidak tahu” ini adalah kategori guru yang egois yang sentiasa melihat dirinya sebagai seorang yang hebat, tidak mahu menerima pandangan orang lain, dan dia tidak tahu dengan kekurangan yang terdapat di dalam dirinya. Guru pertama dan kedua merupakan ciri-ciri guru yang memiliki EQ yang tinggi. Guru ketiga adalah guru yang telah memiliki ciri EQ tetapi masih memerlukan latihan agar mereka dapat mengenal pasti potensi yang dimiliki di dalam dirinya. Sedangkan guru keempat adalah guru yang menunjukkan ciri EQ yang rendah, sekiranya tidak disedarkan, kemungkinan kelompok guru sebegini tidak dapat memberikan subangan secara maksimum dalam profesion mereka sebagai seorang pendidik (Noriah, Siti Rahayah 2008).
Kajian ini menunjukkan terdapat 11 kompetensi di dalam kelima-lima domain EQ seperti yang disebutkan sebelum ini, yang perlu diberikan perhatian untuk diberikan intervensi dalam kalangan guru-guru, memandangkan kompetensi tersebut merupakan kompetensi penting yang mesti dimiliki oleh seorang guru (Wan Mohd Zahid 1993; Tajul Ariffin & Nor’Aini Dan 2002; Rohaty 2002; Abd. Rahman 2002; Noriah 2004 et al.; Kamarul Azmi & Ab. Halim 2008) . 11 kompetensi tersebut adalah kesedaran emosi, penilaian kendiri yang tepat, keyakinan diri, niat, kawalan kendiri, kebolehpercayaan, dorongan pencapaian, memahami orang lain, mengembangkan potensi orang, mempengaruhi orang lain dan pengurusan konflik.
Secara umumnya kompetensi EQ tersebut selari dengan himbauan Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) dan Kamarul Azmi & Ab. Halim (2008) iaitu setiap warga pendidik haruslah mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab, dan sentiasa meningkatkan keprofesionalan ke tahap yang lebih tinggi. Kompetensi ini sejajar dengan etika kerja guru seperti amanah, benar, bijaksana, bersyukur, dedikasi, ikhlas dan penyayang (Abd. Rahman 2002). Amanah merujuk kepada sifat sentiasa bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diberikan, dan tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan. Benar merujuk kepada sentiasa berniat baik dan jujur dalam menjalankan tugasan, serta mahu menerima dan berkongsi pandangan dengan orang lain. Bijaksana pula merujuk kepada sentiasa menggunakan pemikiran yang bijak di dalam membuat keputusan dan tindakan, serta dapat menggunakan seluruh potensi dan kepakaran untuk menjayakan tugasan profesyen. Bersyukur pula menggambarkan tentang kemampuan insan guru dalam menghargai segala sesuatu yang diterima, dan mahu memberikan pengiktirafan kepada individu lain yang patut menerima penghargaan yang sama seperti dirinya. Dedikasi pula menggambarkan tentang kesiapan guru untuk mengorbankan masa dan tenaga bagi menghasilkan pendidikan yang berkualiti. Sedangkan ikhlas menggambarkan tentang ketulusan guru untuk menghasilkan kerja yang berkualiti tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Manakala penyayang pula menunjukkan sikap yang sentiasa memahami, menghargai, mengambil berat dan tidak berdendam.
Secara tidak langsung dapatan kajian ini menggambarkan masih terdapat dalam kalangan guru yang belum mengamalkan sepenuhnya etika kerja profesion perguruan yang menjadi pilihan kerjaya mereka. Pertanyaan yang boleh dimunculkan adalah, apakah yang akan berlaku sekiranya guru kurang menyedari bahawa dirinya adalah sebagai seorang guru? Apakah yang akan berlaku sekiranya guru kurang memiliki keyakinan diri, tidak boleh dipercayai, kurang sensitif dengan keadaan orang lain dan tidak dapat mengembangkan potensi orang lain dengan baik.... dan seterusnya? Kamarul Azmi & Ab. Halim (2008) menyatakan bahawa guru perlu berusaha meletakan diri mereka pada kedudukan yang lebih baik dan terhormat di kalangan murid, ini kerana guru tersebut merupakan contoh teladan, bukan hanya kepada murid-murid mereka, malah kepada ibubapa dan masyarakat persekitarannya (Tajul Ariffin & Nor’Aini Dan 2002). Bagi memastikan guru-guru dapat bertindak sedemikian, kompetensi-kompetensi EQ tersebut akan membantu mereka. Bagi memastikan mereka dapat memahami kepentingan kompetensi berkenaan, Justru latihan secara berterusan perlu dilakukan.
Rujukan:
Abd. Rahman Daud. 2002. Memartabatkan profesion perguruan. Prosiding seminar kebangsaan profession pergurun. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Antoniou, A.S., 2000. Sources of stress and profesional burnout of teachers of special education needs in greece. Kertas kerja yang dibentangkan di International Special Education Congress. University of Manchester.
Creswell, J. W. 2005. Research design: qualitative and quantitave approaches. Thousand Oaks: SAGE Publication.
Creswell, J. W. 2007. Research design: qualitative and quantitave approaches. Thousand Oaks: SAGE Publication.

Ginanjar, A. A., 2005. Rahasia sukses membangun kecerdasan emosional dan spiritual (ESQ); the ESQ way 165, New Edition. Jakarta: Arga.
Goleman. D. 1995. Emotional intelligence: Why it can matter more than IQ. New York: Bantam Books.
Goleman. D. 1999. Working with emotional intelligence. New York: Bantam Books.
Hawari, D. 2003. IQ, EQ, CQ & SQ. Kriteria sumber daya manusia (pemimpin) berkualaitas. Jakarta: Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia.
Kamarul Azmi, J. & Ab. Halim, T. 2008. Pendidikan islam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Mcnergney, R.F. & Herbert, J.M. 1998. Foundation of Education. USA; Allyn & Bacon.
Mohd Najib Ghafar. 2000. Kestabilan emosi guru: perbandingan antara pensyarah dan pelajar. Jurnal Teknologi 32 (E): 1-10.
Mohd. Sani Ibrahim. 2002. Etika perkhidmatan guru. Selangor: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noriah, M.I., dan Aliza, A., 2002. Kecenderungan menghadapi tekanan dan implikasinya terhadap kesihatan mental guru-guru. Prosiding seminar kebangsaan profession pergurun. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noriah M.I., Zuria, M. 2003. Kepintaran Emosi di Kalangan Pekerja di Malaysia. Prosiding IRPA- RMK-8 Kategori EAR. Jilid 1: 184-187.
Noriah, M.I., Zuria,M, Siti Rahayah, A. dan Manisah M.A. 2003. Hubungan antara Tanggungjawab Kepada Diri, Pelajaran, Pelajar dan Masyarakat di Kalangan Guru-guru. Prosiding seminar kebangsaan profession pergurun. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noriah, M.I., Syed Najmuddin, S.H. dan Syafrimen. 2004. Guru dan kepintaran emosi: Implikasi ke atas kebolehan guru dalam menangani masalah sosial pelajar. Prosiding seminar kebangsaan ke-3 psikologi dan masyarakat. Bangi: Pusat penerbitan dan teknologi pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rohaty, M. 2002. Identiti guru; Isu cabaran dan halatuju. Kertas Kerja Prosiding Seminar Profesion perguruan. Selangor: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Skovholt, T. & D’Rozario, V. 2000. Portraits of outstanding and inadequate teachers in Singapore: The impact of emotional intelligence. Teaching and Learning. 21(1): 9-17.
Syafrimen. 2004. Profil kecerdasan emosi guru-guru sekolah menengah Zon Tengan Semenanjung Malaysia. Kertas Projek Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Syed Najmuddin, S. H. 2005. Hubungan antara faktor kecerdasan emosi,nilai kerja dan prestasi kerja di kalangan guru Maktab Rendah Sains Mara. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan malaysia.
Tajul Ariffin, N & Nor’ Aini, D. 2002. Pendidikan dan pembangunan manusia; pendekatan bersepadu. Selangor; Assabab Media.
Taniza. S.T. 2002. Masalah Burnout di kalangan guru serta hubungannya dengan keperluan perkhidmatan kaunseling. Prosiding seminar.
Wan Ashiba. 2003. Kecerdasan emosi di kalangan guru sekolah menenga berasrama penuh dan sekolah harian. Kertas projek Sarjana. Universiti Kebangsaan malaysia.
Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. 1993. Pengisian wawasan pendidikan. Persidangan Pendidikan Nasional.
Wiersma, W.2000. Research metodh in education: an introduction. Needham Heights: Allyn and Bacon.
Zurinah, I. 2005. Profil kepintaran emosi dalam kalangan guru pelatih. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Khas, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan