Selasa, 2 Ogos 2011

KENALI TOKOH KAUNSELING

KENALI TOKOH KAUNSELING : Y. Bhg. Tan Sri Dato' Dr. Nordin Kardi

Beliau merupakan seorang rakyat Malaysia dan beliau merupakan bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia. Beliau memulakan kariernya sebagai guru seni perusahaan selepas tamat latihan di Maktab Perguruan TeknikKuala Lumpur.
Di samping itu, beliau juga merupakan Presiden Persatuan Universiti-Universiti Malaysia, Yang di-Pertua Persatuan Badan-Badan Berkanun Malaysia dan Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia. Beliau berpengalaman luas dalam pengurusan pendidikan tinggi termasuk pernah menjawat jawatan pensyarah selama lebih 20 tahun, kaunselor pelajar, pengetua kolej kediaman pelajar, timbalan dekan dan ahli senat di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan perintis kepada penubuhan Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Di LAN beliau dipertanggungjawabkan untuk menyediakan akreditasi bagi Program Sains Sosial di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Beliau merupakan seorang penulis yang aktif terutamanya dalam aspek kepemimpinan, kaunseling dan perkembangan pendidikan tinggi. Sehingga kini sebanyak 70 karya beliau dalam bentuk rencana, laporan kajian penyelidikan dan buku telah diterbitkan dalam pelbagai media komunikasi. Sejajar dengan kepakaran beliau sebagai kaunselor ahli psikologi, sebahagian besar karyanya mengenai kaunseling seperti "Falsafah dan Prinsip Asas Kaunseling", "Profesionalisme Dalam Amalan Kaunseling di Malaysia", dan "Kaunseling dalam Mengurus Konflik Perhubungan".
Tulisan beliau seperti "Pemikiran Abdullah Badawi: Towering Personality", "Idealisme Kepemimpinan Untuk Kemajuan Negara", "Pembinaan Kekuatan dan Ketahanan Negara Menerusi Pendidikan Moral dan Nilai" membuktikan beliau mempunyai pemikiran kritis dan berpandangan jauh dalam membincangkan isu-isu berkaitan kepemimpinan dan pembangunan modal insan. Dalam konteks perkembangan pendidikan tinggi, beliau begitu mengambil berat tentang perkembangan kemajuan pelajar. Minat beliau ini telah diterjemahkan semasa bertugas sebagai kaunselor di Jabatan Hal Ehwal Pelajar UPM dan dalam tesis Doktor Falsafah beliau di University of Hull bertajuk Rationale for the Provision of Student Personnel Services, pada tahun 1993.
Penglibatan beliau secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bermula sejak beliau masih lagi menuntut di universiti dengan memegang pelbagai jawatan seperti Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) iaitu persatuan yang memperjuangkan kepentingan pendidikan anak bangsa. Pada masa ini beliau terlibat dalam pelbagai persatuan dan badan kebajikan.
Sebelum dilantik sebagai Naib Canselor UUM, beliau telah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) bagi tempoh selama hampir tujuh tahun mulai Februari1999. Sepanjang perkhidmatan beliau di BTN, pelbagai pembaharuan yang dilakukan untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia. Beliau mengamalkan pengurusan yang menekankan kepada pendekatan kemesraan dan jalinan hubungan kemanusiaan. Tidak hairanlah beliau merupakan seorang pemimipin yang sentiasa bersedia untuk didekati tanpa mengira pangkat dan darjat. Setelah memegang teraju pengurusan Universiti Utara Malaysia pada 16 Jun 2005, beliau mempunyai visi dan misi yang jelas untuk membawa universiti ke persada antarabangsa setanding dengan universiti-universiti terkemuka yang lain. Antara strategi yang diberi keutamaan untuk merealisasikan visi tersebut ialah program kerjasama akademik antara UUM dan universiti-universiti luar negara dan program pengantarabangsaan pelajar.
Sumbangan besar beliau dalam sektor pendidikan, perkhidmatan awam dan perkhidmatan masyarakat di Malaysia telah diberi pengiktirafan dan penghargaan oleh kerajaan Malaysia apabila beliau dianugerahkan beberapa pingat kebesaran negara. Terkini beliau telah dianugerahkan pingat Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agongpada 2 Jun 2007 yang membawa gelaran "Tan Sri".

KENALI TOKOH KAUNSELING



KENALI TOKOH KAUNSELING : Y. Bhg. Datuk Prof. Dr. Mohd Tajuddin Hj Ninggal

Datuk Prof. Dr. Mohd Tajudin Ninggal, Pengarah, Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Universiti Teknologi Malaysia, (UTM) dilantik sebagai Anggota Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia mewakili seluruh Institut Pengajian Tinggi Malaysia oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada tahun 2007. Kini sebagai Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Teknologi Malaysia.

Surat Perlantikan yang ditandatangani Menteri berkenaan, YB. Dato' Sri Sharizat bt Abdul Jalil itu adalah bagi tempoh dua tahun mulai 1 Disember 2007 hingga 30 November 2009.

Datuk Prof. Dr. Mohd. Tajudin,47 dilahirkan di Melaka, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi Kaunseling dari Western Michigan University, Amerika Syarikat telah memulakan kerjaya di UTM sebagai Penolong Pensyarah A di Fakulti Pendidikan. Beliau seterusnya memegang jawatan sebagai pensyarah, Prof. Madya dan Ketua Jabatan sebelum dilantik ke jawatan sekarang.

Sebagai Anggota Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia yang diperuntukkan dibawah Seksyen 4, Akta Kaunselor 1998 (Akta 580), beliau berperanan sebagai penasihat kepada Menteri mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan bidang kaunseling dan akta tersebut dan mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Lembaga Kaunselor.

Sebelum dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Kaunselor, beliau merupakan Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia selama dua penggal mulai 2001 sehingga 2007.

Datuk Prof. Mohd. Tajudin yang juga merupakan Kaunselor Profesional Berdaftar merupakan seorang tokoh psikologi kaunseling yang berpengalaman luas dan dikenali di peringkat kebangsaan. Antaranya, beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA).

Di peringkat antarabangsa pula, beliau sangat aktif dan banyak menyumbang kepakarannya dalam aspek penyelidikan dan perundingan psikologi kaunseling. Atas sumbangan, ketokohan dan kepimpinannya beliau telah dianugerahkan Pingat Emas oleh Association of Counselor Education & Supervision (ACES), Amerika Syarikat dan telah dilantik sebagai seorang Ahli Lembaga oleh Association of Psychological Counselors and Educators of Asia Pacific (APECA) yang beribu pejabat di Manila, Filipina sejak 2003 sehingga kini.

Sabtu, 30 Julai 2011

ILMU SAMPAH?

Dalam Seminar Majlis Kaunseling Kebangsaan yang diadakan di UPM Serdang baru-baru ini, seorang pembentang kertas kerja yang bergelar profesor berkata...: "Ilmu yang kita dapat adalah sampah kerana sebelum kita mempelajarinya, ia telah disaring oleh barat..." Sampah? Sehina itu?  Apa bezanya dengan sampah masyarakat? Maka istilah sampah amat tidak sesuai digunakan.  Mohon fikirkan istilah yang lebih bersifat ilmiah ya prof...

One thing...saya bangun dan menyatakan:..."Saya ingin berkongsi satu maklumat...kemungkinan dakwaan prof bahawa kita menerima ilmu yang bersifat hampas...patinya telah diambil oleh barat...Sebagai contoh tiada satu universitipun di seluruh negara menawarkan subjek hipnosis atau hipnoterapi".  Mengapa? Ia pati pendekatan perubahan tingkah laku yang efektif.  Pelaksanaannya mudah dan memberikan impak yang tinggi.  Mengapa barat sorokkannya? Ya...kerana kita dianggap tidak berhak untuk menerima patinya.  Malah ilmu ini dimomokkan pula dengan pukau yang tidak ada kena mengena langsung dengan hipnosis...

Based on my pengalaman (sayapun beri contoh sesi yang telah saya laksanakan dan kesan positifnya)...Kajian menunjukkan minda kita boleh menerima sebanyak 12% nilai dalam keadaan consious mind dan 88% dalam keadaan sub consious mind....  Belum sempat saya habiskan pernyataan prof dah beri isyarat nak minta mikrofon...dan berkata "bukan sub consious mind ya...un consious mind..."   Haaaa??  saya berkata dlm hati. Kalau unconsious mind , minda dalam keadaan totally rest atau tidur dan tak menerima apa2 maklumat... dia fahamkah maksud hipnosis?

Sesungguhnya kesombongan diri 'merasakan' diri cukup berilmu hanya mempamerkan pekung di dada.  Memberi ruang kepada umum untuk melihat kehinaan diri yang sedia hina. Maka demikian, para cendiakiawan (terutama yg bergelar profesor) buka mata melihat ke dalam diri, selami nilai hati, agar kelapaan...tidak memakan diri sendiri.....

Isnin, 4 Julai 2011

KEMAHIRAN KAUNSELING

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kepada semua kaunselor, rakan-rakan dan guru-guru... mari kemaskan kemahiran kita sebagai pendidik dengan menimba kemahiran-kemahiran yang bersesuaian dengan bidang tugas kita .  Semoga ia memberi kesan yang diharapkan. Insya allah. Untuk tujuan tersebut, silalah klik link di bawah  :


http://www.slideshare.net/mandalina/teori-kaunseling 


link yang ni pun bagus...


http://www.slideshare.net/adeendra/teori-realiti-william-glasser

Khamis, 23 Jun 2011

Rahasia KEGENIUSAN ORANG YAHUDI


oleh: mediocha     Pengarang : eliz siviyani 
·         Belum dinilai  
·         Kunjungan : 17

·         kata:300 
·          



ini diambil dari artikel oleh stephen yang menjadi renungan bersama,stephen menulis dan mengambil kesimpulan berdasarkan hasil penelitiannya selama 3 tahun ia berada di israel,dia menjalani housmanship di rumah sakit israel dan mengamati beberapa kebiasaan,adat orang israe yang menarik untuk thesisnyal yang lalu muncul di benakknya kenapa orang israel begitu pintar?

ketika tahun kedua aklhir bulan desember tahun 1980,dia sudah mau pulang ke kalifornuia,terlintas dibenaknya mengapa orang israel begitu pintar?mengapa tuhan memberikan otak yang jenius kepada mereka,lalu dia tertarik untuk menjadikan ini sebagai bahan tesisnya,,,dak ini memakan waktu yang tidak sedikit,sedikitnya delapan tahun karena harus mengumpulkan data setepat mungkin

marilah kita mulai dengan persiapan awal melahirkan,,setelah tau di awal awal kehamilan,sang calon ibu setiap harinya menyanyi dan main piano,ini untuk melatih otak si calon bayi.si ibu dan bapak banyak membeli buku buku matematika dan menyelesaikan soal sioal bersama suami,mereka slalu membawa buku matematika kemanapun mereka pergi,tanpa jenu mereka kerjakan sioa demi soal sampai meloahirkan.

lalu cara maka,sejak awal kandungan orang israel suka sekali makan kacang badam,kurma dan susu,lalu tengah harinya mereka makan riti,ikan tan[pa kepala dan salad,daging ikan sangat baik sekali dan sedangkan kepala ikan mengandung zat kimia yang tak bagus untuk perkembangan otak anak,inilah adat orang israel; ketika mengandung dan diwajibkan kepada nmereka yang mengandung untuk selalu mengkonsumsi minyak ikan

mereka gemar sekali makan daging,salad kacang kacangan dan kacang badam menurut mereka danging dan ikan tak bagus dimakan bersamaan.

mereka slalu makan buah dahulu sebelum makan menurut mereka makan karbohidrat terlebih dahulu dapat menyebabkan mengan tuk dan tidak konsentrasi dalam menerima pelajaran disekolah.bersambung,,,,,,,,


Sumber:http://id.shvoong.com/society-and-news/culture/2174941-rahasia-kejeniusan-orang-yahudi/#ixzz1QA81KmtB

Persediaan Sebelum Hadapi Peperiksaan


http://mstar.com.my/archives/2010/11/15/mstar_mingguan/Tengku.jpgTengku Asmadi.
PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penting kerana ia bakal menjadi satu pengukur aras masa depan seseorang remaja.
Ini kerana pelbagai urusan seperti permohonan kemasukan ke universiti mahupun untuk mendapatkan kerja, sijil itu adalah menjadi keutamaan untuk dinilai.
Tanpa sijil itu, masa depan remaja mungkin akan gelap dan menyebabkan kehidupan mereka terkandas di satu tahap yang mungkin akan kekal buat selama-lamanya.
Atas dasar itu, persediaan rapi diperlukan untuk memastikan pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dan tidak hanya sekadar membaca semata-mata.
Pakar motivasi, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata, terdapat beberapa elemen yang perlu diberikan perhatian oleh pelajar menjelang peperiksaan penting itu.
Menurut Tengku Asmadi, paling utama calon perlu memberikan penekanan terhadap persediaan seperti fizikal, mental, emosi dan rohani.
Katanya, aspek fizikal adalah paling perlu diberikan penekanan kerana pelajar memerlukan kesihatan yang baik bermula dari membuat persediaan mengulang kaji sehinggalah ke dewan peperiksaan kelak.
Katanya, aspek fizikal yang perlu diberikan penekanan adalah seperti pemakanan, tidur yang cukup, aktiviti riadah dan keselamatan diri.
Tengku Asmadi berkata, pemakanan seimbang penting kerana ia bakal membantu pelajar terus cergas dan bertenaga sebelum dan semasa mengambil peperiksaan.
“Sebaik-baiknya perlu mengambil banyak makanan seperti kurma, kismis dan makanan bijiran dan susu serta membuang terus tabiat pemakanan yang tidak sihat,” katanya ketika ditemui Mingguan mStar baru-baru ini.
http://mstar.com.my/archives/2010/11/15/mstar_mingguan/Tengku1.jpg
Tambahnya lagi, pelajar juga perlu sentiasa melatih diri untuk sentiasa bangun dan tidur awal sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum peperiksaan itu supaya pelajar terbiasa dengan keadaan itu ditambah dengan aktiviti riadah yang boleh membantu pelajar sentiasa cergas.
“Ironinya tidur awal adalah supaya pelajar mendapat rehat yang secukupnya setelah menjalani pelbagai aktiviti dan bangun awal kerana tidur berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.
“Apabila bangun awal gunakan masa itu untuk bersolat dan mengimbas apa yang dipelajari hari sebelumnya kerana pada awal pagi otak akan lebih mudah menyerap maklumat,” katanya.
Tengku Asmadi juga turut menyarankan pelajar memberi perhatian mengenai aspek emosi dengan tidak terlalu mengikut perasaan dalam melakukan sesuatu dan bimbang dengan peperiksaan yang bakal menjelma.
Apa yang perlu dilakukan oleh pelajar adalah dengan sentiasa berfikiran positif dan jangan membelenggu fikiran dengan kegagalan kerana ia akan memberi kesan kepada tumpuan terhadap pelajaran.
“Berfikiran positif tidak kira kecil atau besar kejayaan itu tidak penting. Yang paling penting kita sentiasa berfikiran positif kerana ia akan memberi kesan yang baik ketika belajar,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut berpesan kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan terutamanya pelajar perempuan supaya tidak terlibat dalam cinta monyet.
Katanya, pengalaman dalam bidang motivasi telah menemukannya dengan pelbagai kes berkaitan dengan cinta monyet dan rata-rata daripada mereka telah menghancurkan masa depan mereka.
“Biasalah remaja, bila terperangkap dalam cinta monyet ini mereka akan bertindak di luar batasan dengan jiwa mereka yang memberontak dan akhirnya membawa kehancuran kepada masa depan mereka,” katanya.
http://mstar.com.my/archives/2010/11/15/mstar_mingguan/Tengku2.jpg
Tengku Asmadi berkata, antara elemen lain yang perlu diberi perhatian sebelum peperiksaan adalah mengelak daripada semua konflik terutama dengan guru dan ibu bapa.
Katanya, ia penting kerana guru dan ibu bapa adalah komponen penting dalam kejayaan seseorang pelajar dan restu daripada mereka adalah penting sebelum menduduki peperiksaan.
Sementara itu, bagi yang beragama Islam, beliau berkata aspek kerohanian penting dengan menjaga solat dan sentiasa berdoa kepada Tuhan bagi diberkati dan dipermudahkan segala urusan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan.
“Puasa sunat, berzikir dan bangun pada malam untuk melakukan sembahyang hajat adalah disarankan dan ajak ahli keluarga lain untuk bersama-sama melakukan bersama-sama.
“Ia juga dapat mengeratkan silaturahim dengan keluarga,” katanya.
Beliau juga turut meminta semua pelajar memaafkan semua orang yang telah melakukan kesalahan kepada diri mereka dan memohon maaf kepada orang lain terutama ibu bapa dan guru.
“Restu daripada ibu bapa amat penting dan bukan sekadar meminta maaf, tetapi berhadapan dengan setiap guru satu persatu-satu.
“Nyatakan penyesalan dan minta semua halalkan ilmu dan makan minum serta meminta mereka mendoakan kejayaan kita ketika menghadapi peperiksaan,” katanya.
Jangan desak anak-anak
Sementara itu, Tengku Asmadi berkata, ibu bapa tidak seharusnya obses dengan keputusan cemerlang dan menekan anak-anak mereka demi kepuasan diri yang akhirnya akan memberi kesan kepada anak mereka.
Ini kerana katanya, ibu bapa memainkan peranan penting kerana kebiasaannya anak-anak akan melihat dan mengambil ibu bapa mereka sebagai contoh dalam menempa kejayaan.
“Anak-anak akan melihat ibu bapa mereka sebagai idola. Permintaan ibu bapa tidak akan dipandang rendah dan jika permintaan itu melampaui kemampuan mereka dikhuatiri akan memberi tekanan kepada mereka,” katanya.
Katanya, paling penting ibu bapa perlu memberi dorongan supaya mereka belajar dengan bersungguh-sungguh dan menghargai usaha mereka walaupun keputusan yang dicapai tidak mengikut kehendak mereka.
“Anak-anak apabila didesak akan menambahkan ketakutan dan kebimbangan dalam diri mereka.
“Menerima kemampuan dan sentiasa memberi galakan adalah lebih mulia dan itu juga adalah satu kejayaan,” katanya.
Sebagai alternatif katanya, ibu bapa disarankan mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anak mereka dengan memberitahu apa yang didoakan untuk mereka supaya anak-anak lebih menghargai apa yang dilakukan.
“Anak-anak akan lebih terharu dan akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Jangan kita paksa mereka, biar mereka usaha sendiri cuma beri galakan kepada mereka,” ujarnya.
Jelasnya, apa yang bakal mereka peroleh dalam keputusan peperiksaan nanti adalah bukti usaha mereka dan ibu bapa harus terima dan terus memberi galakkan kepada mereka untuk terus berjaya.
“Tetapi jangan sesekali memaksa mereka kerana akhirnya anak-anak itu sendiri yang akan memilih apa yang terbaik untuk diri,” katanya.

Isnin, 20 Jun 2011

Teknik Relaksasi

Teknik Relaksasi
Bagi Anda yang menginginkan kesehatan diri menjadi sehat secara lahir dan batin, ada baiknya Anda mau melakukan langkah-langkah latihan relaksasi pernafasan. Anda akan saya ajarkan, bagaimana cara relaksasi tersebut. Dalam persepsi kebanyakkan orang, kata “relaksasi” seringkali diidentikkan dengan “kemalasan”, atau suatu cara untuk bermalas-malasan dengan sah.
Relaksasi itu bukan suatu bentuk kemalasan.
Relaksasi adalah suatu cara untuk menenangkan fisik, pikiran dan jiwa dari hiruk pikuk kehidupan sehari-hari. Sangat berbeda dengan “kemalasan”. Sebenarnya, “malas” adalah suatu masalah di dalam pikiran, bahkan di dalam jiwa; dimana “si pemalas” secara tidak sadar menganggap bahwa bermalas-malasan adalah suatu cara terbaik untuk hidup.
Pahamilah, bahwa rileks dan santai dalam hidup tidak berarti malas.
Dengan Teknik Relaksasi Pernafasan ini, kita bisa memakai beberapa postur tubuh untuk memudahkan kita sampai pada posisi rileks yang dikehendaki; sekaligus dengan postur tubuh tersebut, kita akan mendapatkan stimuli yang dibutuhkan syaraf-syaraf tertentu. Teknik Relaksasi ini sebenarnya juga bertujuan untuk mengaktifkan kekuatan energi dari otak kanan, yaitu bagian otak yang mengurusi masalah emosi dan imajinasi manusia.

LANGKAH-LANGKAH TEKNIK RELAKSASI PERNAFASAN:

•   Langkah Pertama:
Posisi : duduk tegak, tidak ada gerakan fisik, mata terpejam. Telapak tangan menutup dan menempel di atas paha.
Nafas : bernafas Teknik gabungan, normal sewajarnya.
Waktu : 5 – 10 menit.
Setelah duduk tegak dan memejamkan mata dengan perlahan, mulailah dengan mengendurkan seluruh otot tubuh Anda. Mulai dari otot leher dan bahu, lemaskan secara perlahan-lahan. Setelah itu cobalah ke bagian tubuh lain yang masih tegang.
Mulailah mengeksplorasi setiap bagian tubuh dengan visualisasi pikiran, dari ujung jari kaki naik perlahan ke atas sampai ke ubun-ubun kepala. Mata Anda tetap terpejam dengan rileks.
Setelah seluruh tubuh terasa kendur, lemas dan nyaman; nikmatilah posisi tersebut beberapa saat dan tenangkan nafas, lambatkan ritmenya tanpa ada penahanan sama sekali. Usahakan seluruh tubuh Anda merasa nyaman.

•   Langkah Ke dua:
Posisi : duduk tegak, tidak ada gerakan fisik, mata terpejam. Telapak tangan membuka, punggung tangan menempel di atas paha.
Nafas : bernafas Teknik gabungan, normal sewajarnya.
Waktu : 5 – 10 menit.
Posisi seperti yang Anda lakukan di Langkah Pertama, tetapi posisi telapak tangan membuka ke atas dengan punggung tangan menempel di paha.
Rasakan saja dengan seluruh bagian tubuh Anda; suasana, situasi ataupun kondisi ruangan tempat Anda sedang berlatih. Setelah seluruh tubuh Anda merasa nyaman, arahkan perhatian ke pusat telapak tangan yang terbuka. Rasakan sensasi atau getaran atau apapun itu, yang terjadi di telapak tangan.

•   Langkah Ke tiga:
Posisi : berdiri tegak, mata terpejam, kedua tangan di samping tubuh.
Nafas : bernafas Teknik gabungan, normal sewajarnya.
Waktu : 5 – 10 menit.
Setelah posisi berdiri Anda terasa enak dan nyaman, tempatkan sebagian perhatian anda pada kedua belah tangan, mulai dari bahu perlahan turun ke lengan atas, siku sampai lengan bawah dan akhirnya telapak tangan. Arahkan perhatian pada pusat telapak tangan.
Setelah beberapa saat mungkin Anda akan merasakan suatu sensasi di telapak tangan atau getaran di lengan dan bahu. Ikuti saja bila getaran atau tenaga tersebut akhirnya mengangkat lengan naik perlahan, kemudian turun lagi. Ikuti terus getaran atau sensasi lainnya yang mengangkat lengan Anda tanpa tenaga otot itu. Terangkat dengan sendirinya, bukan atas kemauan Anda.
Bila Anda tergolong orang yang kurang peka sehingga tidak merasakan apa-apa, tenang dan rileks saja terus. Hal ini tidak berarti Anda gagal atau tidak mendapatkan manfaat dari latihan ini. Latihan ini bukan sekedar fisik, tetapi juga olah pikiran dan jiwa.

•   Langkah Ke empat:
Posisi : berdiri tegak, mata terpejam, telapak tangan saling berhadapan di depan dada tetapi tidak bersentuhan (ada jarak).
Nafas : bernafas Teknik gabungan, normal sewajarnya.
Waktu : 5 – 10 menit.
Setelah posisi Anda nyaman, tempatkan sebagian perhatian anda pada kedua tangan, mulai bahu perlahan turun ke lengan, siku sampai lengan bawah & kemudian telapak tangan. Arahkan perhatian Anda pada pusat telapak tangan.
Setelah beberapa saat mungkin Anda akan merasakan sensasi atau getaran tenaga pada telapak tangan. Bila sensasi atau getaran tenaga pada telapak tangan terasa menggerakkan tangan anda, ikuti saja gerakannya, jangan dilawan. Ikutilah terus gerakan tangan anda tanpa tenaga otot tersebut.
Kalau Anda mau melatih Teknik Relaksasi Pernafasan seperti uraian saya di atas ini, maka Anda akan merasakan bertambahnya energi dalam diri Anda semakin hari menjadi semakin besar dan kuat. Sehingga dengan demikian, kehidupan sehari-hari Anda akan selalu diwarnai kegembiraan, dan kesehatan yang Luar Biasa Prima.
Problem kesehatan Anda akan menjadi hilang-sirna seketika, begitu Anda melakukan Latihan Teknik Relaksasi Pernafasan ini. Dan digantikan dengan kesehatan dan kekuatan lahir-batin Anda yang Luar Biasa Prima! Selamat mencoba melakukan latihan ini…dan Anda akan merasakan, bangkitnya “energi dalam” atau “inner power” diri Anda yang selama ini terabaikan karena kesibukan Anda sehari-hari.