Khamis, 16 Jun 2011

GAYA PEMBELAJARAN

PENGAKAP YUSOFALHAJ

GAYA / STAIL PEMBELAJARAN
Posted: July 17, 2009 by yusofalhaj in sekolah bestari
0
Gaya seseorang belajar berbeza dan guru perlu meneliti ini di kalangan pelajarnya. Gaya pembelajaran didefinisikan sebagai “motivational interest or pattern that is preferred when processing new information or experiences”. Gaya ini perlulah disesuaikan dengan pendekatan pengajaran. Jadi guru perlulah menggunakan pendekatan yang pelbagai bagi memenuhi keperluan yang pelbagai. Guru-guru yang merancang pengajaran dan pembelajaran berdasarkan gaya pembelajaran pelajar, insyaallah akanberjaya meningkatkan pencapaian akademik, sikap dan disiplin pelajar. Daya penarik, pengetahuan, daya inspirasi, jenaka, hubungan mesra dan pengalaman bukan merupakan pengganti kepada perancangan pengajaran pembelajaran yang berterusan dan berkesan (Prehn, 1980).
Cara mengenalpasti Tip pembelajaran
1. Pelajar visual biasanya:
perlu melihat apa yang sedang dipelajari untuk memahaminya
sangat peka kepada warna
berbakat seni (artistik)
menghadapi masalah dengan arahan lisan
berkemungkinan bertindak balas secara berlebihan terhadap bunyi
menghadapi masaalah pengajaran berbentuk syarahan
kerap salah tafsir makna perkataan
Pelajar visual patut:
guna grafik untuk membuat pengukuhan, filem, slaid, illustrasi, gambar rajah dan contengan
gunakan kod warna untuk menyusun nota dan bahan-bahan persendirian
minta arahan bertulis
guna carta alir dan rajah untuk mencatat nota
gambarkan perkataan atau fakta yang ingin dihafal

2. Pelajar auditori biasanya:
lebih gemar mendapatkan maklumat dengan cara mendengar
perlu mendengar untuk memahami
menghadapi masalah mengikuti arahan bertulis
kesusahan dalam membaca
bermasalah dalam menulis
tidak berupaya membaca bahasa gerak badan dan mimik muka
Pelajar auditori patut:
Guna alat perakam untuk membaca dan mengikuti kelas dan syarahan
belajar dengan membuat temu bual atau aktif dengan perbincangan
soalan peperiksaan dan arahan dibaca secara lisan atau guna perakam

3. Pelajar kinestatik biasanya:
lebih suka “hands-on” aktiviti
boleh mencantum bahagian-bahagian alatan tanpa membaca panduan
susah duduk diam
belajar dengan lebih baik jika ada penglibatan pergerakan fizikal
mungkin ada koordinasi badan yang baik dan kemahiran athlit
Pelajar kinestatik patut:
menggunakan cara pembelajaran “experiential”
rehat dengan kerap semasa pembelajaran
menekap huruf dan perkataan semasa belajar ejaan dan menghafal fakta
mengguna komputer untuk pengukuhan jenis sensori
menghafal atau melatih dengan berjalan dan membuat jasmani
kebolehan diluahkan melalui tarian, drama atau gimnastik

Sumber:Middlesex Community College
Apabila anda.. VISUAL AUDITORI KINESTATIK
Mengeja Anda melihat perkataan itu di minda Anda mendengar perkataan itu Anda menulis perkataan itu
Bercakap Anda tidak suka mendengar terlalu lama. Anda guna perkataan seperti lihat, gambarkan dan guna imaginasi. Anda suka mendengar dan tidak sabar hendak bercakap. Anda guna perkataan seperti dengar dan fikir. Anda mengguna pergerakan badan ketika berkomunikasi seperti tangan dan mimik muka. Anda guna perkataan seperti rasa, sentuh dan pegang.
Memberi tumpuan Anda hilang tumpuan dalam keadaan yang ada pergerakan Anda hilang tumpuan dalam keadaan bising Anda hilang tumpuan apabila banyak aktiviti di sekeliling
Berjumpa seseorang semula Anda lupa nama tetapi ingat rupa Anda lupa rupa tetapi ingat nama Anda ingat apa yang dilakukan sebelum itu bersamanya
Berurusan dengan seseorang Suka berurusan secara bersemuka Suka berurusan melalui telefon Suka berurusan ketika membuat aktiviti
Membaca Suka ayat yang deskriptif dan imaginasi Suka dialog dan bayangkan mendengarkan percakapannya Suka membaca dan suka bahagian aksi sahaja
Membuat sesuatu yang baru di tempat kerja Suka melihat demonstrasi, rajah dan poster Suka arahan secara verbal dan berbincang dengan orang lain Suka terus mencuba dan melakukannya
Sumber: www.chaminade.org/inspire/learnsti.htm
Mengikut Dunn dan Dunn, gaya pembelajaran dikategorikan kepada lima stimulus iaitu Psikologi, Persekitaran, Sosiologi, Emosi dan Fizikal.
Psikologi bermaksud kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.(Kamus Dewan). Psikologi pendidikan ialah kajian tentang perlakuan atau tingkahlaku manusia dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Clifford, 1984 mengatakan psikologi pendidikan sebagai “applying the methods of psycology to studying the process of education”. Antara kepentingan psikologi pendidikan kepada guru ialah membolehkan guru memahami mengapa pelajar begini dan begitu, membantu pelajar memahami diri mereka sendiri, membantu guru merancang objektif pengajaran yang sesuai dengan pelajarnya dan merumuskan langkah-langkah supaya pelajarnya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkannya. Guru juga dapat meramalkan tingkahlaku pelajar sama ada tingkahlaku yang disenangi atau tidak digemari dan ini boleh membantu guru merancang usaha untuk memotivasikan pelajar supaya lebih berminat belajar dan kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan.
Persekitaran bermaksud individu dan objek yang ditemui serta peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Persekitaran belajar tanpa bising, musik, berkerusi, meniarap dan sebagainya. Emosi belajar dengan bantuan guru. sendiri, perlu motivasi dan boleh belajar bila-bila masa.Sosiologi suka belajar sendirian atau berkumpulan. Fizikal belajar dengan bahan maujud, pengetahuan sedia ada dan membuat sendiri.
STIMULUS UNSUR CIRI-CIRI
ALAM SEKITAR Bunyi Suka belajar tanpa bising atau dengan mendengar muzik
Cahaya Suka belajar di tempat yang cerah atau kurang cahaya
Suhu Suka belajar di tempat yang sejuk atau panas
Pola Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di atas lantai
EMOSI Motivasi Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru
Ketabahan Boleh belajar dalam jangka masa yang pendek atau panjang
Tanggungjawab Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan oleh guru
Struktur Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara
SOSIOLOGI Sendiri Suka belajar secara sendirian
Pasangan Suka belajar secara pasangan
Rakan Sebaya Suka belajar dengan rakan sebaya
Pasukan Suka belajar dalam pasukan
Guru Suka belajar dengan bimbingan guru
Pelbagai Cara Dapat belajar dengan mana-mana cara yang tersebut di atas
FIZIKAL Persepsi Suka belajar dengan benda/perkara maujud atau abstrak atau melalui pengalaman
Makan Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar
Waktu Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa
Gerakan Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar
PSIKOLOGI Global atau Analitik Pelajar global suka belajar secara menyeluruh; Pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis
Otak Kiri atau Otak Kanan Pelajar yang memproses maklumat menggunakan otak kiri suka belajar bahagian-bahagian bahasa dan membuat pengiraan dan analisis. Pelajar yang memproses maklumat menggunakan otak kanan suka belajar secara keseluruhan membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu.
Impulsif atau Reflektif Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak.
Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn
Kesimpulannya dengan mengetahui tahap perkembangan pelajar yang berbeza dari segi fizikal, sosial dan emosi, guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar. Guru akan dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Pelajar yang belum sampai tahap kesediaannya tidak boleh dipaksa. Pelajar yang belum bersedia, bolehlah diberi aktiviti pembelajaran yang lebih mudah atau asas dan latih tubi. Pelajar yang lambat perkembangannya boleh diberi aktiviti pengayaan. Oleh itu guru perlulah menyediakan bahan yang berlainan mengikut kesesuaian pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan