Isnin, 20 Jun 2011

PELAN DIET SAIFULLAZEEN FORMULA

PELAN DIET SAIFULLAZEEN FORMULA
Peringatan:
Pelan ini perlu dilaksanakan secara semulajadi (bukan paksa diri).  
Dilarang mengubah suai pelan yang dicadangkan
Tindakan untuk berubah secara drastik boleh memudaratkan dan hanya merugikan diri sendiri.
PELAN A
•  Ikut bersungguh-sungguh tatacara pemakanan yang betul berdasarkan piramid makanan.
•  Tidak tidur siang (melainkan 5 – 10 minit secara duduk)
•  Hentikan tabiat memakan makanan remeh (jajan/makanan ringandi antara waktu makan.
•  Makan pagi sebelum jam 7 dan makan malam juga sebelum jam 7.
•  Kunci kejayaanApabila makanberhenti sebelumkenyang = makan dalam kuantiti yang sedikit (sunnah nabi) kerana perut kita perlukan 1/3 air, 1/3 makanan dan 1/3 udara.
1 hidangan= saiz sekepal penumbuk tangan.
Cadangan rajah di atas hidangan untuk satu hari.
Contoh: 8-12 hidangan satu hari.

PELAN B
•  Pasang niat yang betultujuan menguruskan badan.
•  Kurangkan kuantiti makanan.  Jika selalunya makan 2 pinggan dalam satu pinggankurangkan kepada 1 pinggan.  Jika 1 pinggan kurangkan kepada ½ pinggan.
•  Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
•  Hindari makanan berlemakterlalu manis dan terlalu masin.
•  Hindari makanan berkolestrol.
•  Banyakkan riadah secara konsisten walau 5 minit 1 hari.
•  Kunci kejayaan: Apabila makanberhenti sebelumkenyang = makan dalam kuantiti yang sedikit (sunnah nabi) kerana perut kita perlukan 1/3 air, 1/3 makanan dan 1/3 udara.

KEBERKESANAN DIET DI 
DALAM BULAN PUASA

•  Niat yang betul tujuan berpuasa.
•  Makan seperti biasa (cara sihat) pada waktu berbuka (lazimnya orang mengambil makanan dan minuman yang agak banyak kerana terlalu ikutkan nafsu makan).
•  Makan dalam kuantiti yang paling sedikit (konsep berhenti sebelum kenyang).
•  Menu bersahur: 2 atau 3 keping roti dan segelas susuTujuansupaya badan lebih ‘ringan’ dan bertenaga.
•  Kunci kejayaan: Apabila makanberhenti sebelumkenyang = makan dalam kuantiti yang sedikit (sunnah nabi) kerana perut kita perlukan 1/3 air, 1/3 makanan dan 1/3 udara. 
KAEDAH HIPNOTERAPI
•  Dapatkan borang untuk menjalani sesi Hipnoterapi mengurangkan berat badan daripada terapist.
•  Jalani sesi hipnoterapi mengurangkan berat badan .
•  Terapist akan menerangkan langkah seterusnya selepas sesi dijalankan.
•  Amalkan tabiat pemakanan yang sihat.
•  Amalkan ‘self hypnosis’ yang diajarkan oleh terapist selepas sesi Hipnoterapi.
•  Didapati cara ini lebih baik kesannya iaitu sebanyak 88% berbanding 12% cara biasa.
* Temujanji sesi boleh dibuat dengan menghubungi tn.hj. Saiful Lizan di talian 0127265337 atau sesi bersama En Hilminiry Had (CH)(CHT) di blog hipnosismalaysia.blogspot.com
•  Kunci kejayaanApabila makanberhenti sebelumkenyang = makan dalam kuantiti yang sedikit (sunnah nabi) kerana perut kita perlukan 1/3 air, 1/3 makanan dan 1/3 udara.
Catatan penulis:
Penulis telah mencuba pelbagai jenis produk menurunkan berat badan.  Namun demikian, secara peribadi diperakui teknik hipnoterapi jauh lebih baik kesannya.  Ini kerana di dalam program menurunkan berat badan 2 perkara diperlukan iaitu:
1)  Disiplin diri yang tinggi.
2)  'Mind set' yang berfokus.
Ramai rakan penulis yang kurang percaya dengan teknik hipnosis dan cuba mendisiplinkan diri untuk mengikuti pelan diet yang betul.  Namun demikian tidak ramai yang dapat bertahan lama.
Secara peribadi, apa yang penulis alami selepas sesi hipnosis, rasa keinginan untuk memakan makanan berkolestrol semakin kurang.  Disiplin diet menjadi konsisten kerana 'mind set' kita telah diset kan untuk lebih berdisiplin.

Selamat mencuba :)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan