Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pengacara majlis,
Yang berusaha, Guru Besar SK Gelang Patah,
En Sungkono b Abd Hamid,
Yang dihormati, Guru Penolong Kanan 1, Tn Hj Jamil Basrom,
Guru Penolong Kanan Hal ehwalmurid, Pn Rabiaton adawiyah,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,Pn Puziah bt Talib,
Guru-guru serta rakan-rakan yang dihormati sekalian,
Assalamualaikum wbkth…
Pengucapan umum atau ‘public speaking’ pada pagi ini bertajuk motivasi belajar.
Tahukah rakan-rakan? Untuk berjaya dalam pelajaran, ada dua perkara yang perlu kita ada iaitu ;
1) mahir di dalam kemahiran belajar dan
2) mempunyai motivasi diri yang tinggi.
Ada rakan kita yang bijak tetapi gagal /atau pencapaian pelajarannya sederhana /kerana kurang semangat atau kurang motivasi diri untuk belajar .
Ada rakan kita yang bijak /serta mempunyai semangat belajar dan motivasi diri yang cukup tinggi /tetapi masih sederhana dalam pelajarannya.
Ada rakan kita yang sederhana/ dan bermotivasi diri sederhana/ tetapi pencapaian pelajarannya cemerlang.....dan ada juga rakan kita yang sederhana ,/ pencapaian pelajarannya juga sederhana, /walaupun motivasi dirinya tinggi./
Mengapa ini terjadi?(KUAT)
Kajian menunjukkan/ pelajar yang sederhana /akan mencapai pencapaian yang cemerlang/ jika memiliki motivasi diri yang tinggi /dan teknik belajar yang betul./ Apa lagi jika pelajar itu dari kalangan pelajar yang cerdik.
Adakah kita mempunyai semangat belajar yang tinggi dan kuat ?
Adakah kita memahami semua, apa yang diajar oleh guru?
Jika kita mempunyai semangat belajar yang tinggi /tetapi tidak faham /apa yang diajar oleh guru/, maka ia sia-sia.
Jika kita memahami semua yang diajar oleh guru/ tetapi tidak mempunyai /semangat belajar yang tinggi /lalu kita tidak mengulang kaji /maka ia juga sia-sia.
Oleh itu, rakan-rakan sekalian, /segeralah bertanya apa yang tidak difahami semasa guru mengajar sampai faham. / Guru-guru sayang kita./ Mereka akan didik sampai kita jadi pandai.
Rakan-rakan yang dihormati sekalian/, berjumpalah guru Bimbingan dan Kaunseling kita iaitu cikgu Saiful Lizan/ jika rakan-rakan ada masalah /seperti tiada minat untuk belajar/.
Masalah yang tidak diselesaikan /akan merunsingkan rakan-rakan/ dan mengganggu tumpuan kita /untuk belajar dengan berkesan.
Akhir kata,/ selamat belajar dan selamat maju jaya. /Mari amalkan setiap apa yang dipesan/ oleh guru, ibu dan bapa kita /demi kecemerlangan masa depan kita. /
Sungguh kemas pakaian Hassan,
Perawakan sopan , juga tenang,
Amalkan segala ilmu yang dipesan,
Pembelajaran hebat, pencapaian cemerlang.
Sekian assalamualaikum, warakh matullahi , wabarakatuh. Salam sejahtera dan terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan