7 Langkah
Meningkatkan Keyakinan
Diri
Artikel motivasi ini memaparkan 7 langkah utama atau cara-cara bagaimana anda dapat membina atau meningkatkan tahap keyakinan diri anda. 1. Bina Prinsip Hidup yang Mantap
Antara
prinsip-prinsip hidup yang boleh anda pegang adalah:
Prinsip-prinsip atau moto-moto tersebut
kesemuanya bertujuan untuk meningkatkan semangat dan keyakinan
diri anda agar anda menjadi lebih berani menghadapi cabaran-cabaran
hidup dalam mencapai kejayaan.
Lebih
mantap prinsip atau moto hidup
yang anda pegangi, lebih yakinlah anda melangsungkan kehidupan anda.
Oleh itu, binalah prinsip-prinsip hidup
yang positif lagi mantap untuk
menyuburkan keyakinan diri anda agar anda akan lebih berjaya dalam
kehidupan anda.
2. Tetapkan Matlamat Hidup
Matlamat-matlamat
hidup yang jelas dan mantap adalah antara
sumber-sumber utama kepada pembinaan hala tuju dan peningkatan
serta pemantapan keyakinan diri seseorang. Seseorang
yang
tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas dan mantap adalah
seolah-seolah meniti
kehidupannya
dalam keadaan samar yang tidak pasti akan ke mana arah dan tujuan
kehidupannya.
Oleh itu,
tetapkanlah matlamat hidup
anda sejelas yang mungkin agar
anda akan dapat meniti kehidupan anda dengan lebih baik dan teratur.
Dengan mempunyai hala tuju serta matlamat hidup yang jelas, anda akan menjadi lebih fokus, lebih yakin dan lebih berjaya dalam mencapai kejayaan hidup - dunia serta akhirat.
3. Bina Pelan Tindakan Mencapai Matlamat
Mempunyai
matlamat-matlamat yang jelas memang amat penting untuk memperteguhkan
keyakinan diri. Namun, tanpa
perancangan atau pelan tindakan untuk
mencapai kejayaan, sesuatu
matlamat hanya akan menjadi angan-angan.
Dengan mempunyai pelan tindakan jitu, keyakinan diri anda akan menjadi lebih mantap. Ianya pula akan membolehkan anda mencapai matlamat-matlamat yang anda telah tetapkan dengan lebih awal.
4. Tingkatkan Ilmu
Pengetahuan
Ilmu pengetahuan
adalah antara
sumber-sumber
utama kepada pembangunan diri seseorang. Semakin
tinggi atau semakin banyak ilmu pengetahuan yang seseorang miliki,
bukan sahaja nilai seseorang itu akan semakin tinggi tetapi juga akan
dengan sendirinya meningkatkan keyakinan dirinya. Jika anda
mempunyai
tahap imu pengetahuan yang tinggi tentang selok-belok pekerjaan anda,
sudah pastilah anda akan bertambah yakin diri serta lebih kompeten
melaksanakan tugas-tugas anda.
Oleh itu, dengan
sentiasa meningkatkan
tahap ilmu pengetahuan khususnya
dalam perkara-perkara yang anda perlu ketahui atau kuasai, anda dengan
sendirinya melakukan sesuatu yang mengarah kepada peningkatan
kemampuan dan keyakinan diri anda.
Membaca buku-buku, menghadiri kursus-kursus atau seminar-seminar, bercambah idea-idea dengan rakan-rakan serta membuat lawatan ke tempat-tempat menarik adalah antara langkah-langkah cemerlang yang anda boleh lakukan untuk memperkayakan ilmu pengetahuan anda. 5. Tingkatkan Kemahiran-Kemahiran
Kemahiran-kemahiran
adalah antara sumber-sumber
utama kepada pembangunan diri seseorang. Semakin
tinggi atau banyak kemahiran
yang anda miliki, semakin meningkatlah keyakinan diri anda.
Seseorang yang tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi, sudah pasti akan kurang, malah mungkin tidak yakin atau tidak mampu melaksanakan dengan cemerlang sesuatu tugas yang dimanahkan kepadanya. Tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi dalam bidang pengucapan awam misalnya adalah salah satu sebab mengapa seseorang tidak yakin berucap di hadapan audiens. Antara cara berkesan yang perlu dilakukan untuk mengatasi ketidakyakinan sebegini ialah dengan mempelajari secara serius setiap aspek pengucapan awam sehinggalah kemahiran pengucapan awam itu menjadi sebati dalam diri kita.
6. Tingkatkan Kualiti Kesihatan Diri
Kesihatan diri amat
mempengaruhi
keyakinan diri seseorang. Jika
kesihatan diri kita
kurang baik, badan kita
akan menjadi lemah; fikiran akan turut menjadi kusut. Ini
akan
menjejaskan keyakinan diri kita. Jika kesihatan diri kita baik, badan
serta minda menjadi cergas dan cerdas. Ini akan menjadikan kita lebih
bermaya dan lebih berkeyakinan diri.
Oleh itu, usaha
menjaga dan memastikan
tahap kesihatan diri kita agar sentiasa dalam keadaan cemerlang adalah
seiring dengan usaha
memantapkan keyakinan diri sendiri.
Membina tabiat berfikiran positif, menjaga kualiti pemakanan, tidur secukupnya / rehat (7-9) jam sehari serta mengamalkan pergerakan fizikal / senaman setiap hari (5 minit - 2 Jam) serta mendapat rawatan yang sewajarnya dari pakar-pakar perubatan apabila diperlukan adalah antara perkara-perkara yang harus kita amalkan untuk memastikan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri kita sentiasa dalam keadaan terbaik. 7. Tingkatkan Kualiti Penampilan Diri
Apa
pun
juga keadaan fizikal diri anda, jika anda sentiasa bersyukur dan
berfikiran positif serta menjaga penampilan diri dari dalaman
serta pada luaran, anda akan tetap merasa diri anda amat bernilai.
Dengan sentiasa bersyukur dan berfikiran positif, anda akan lebih menghargai dan menyayangi diri anda serta juga orang lain. Dan, sudah pastilah juga anda akan lebih yakin diri apabila anda dapat membina dan menampilkan imej terbaik diri anda. Menjaga dan mencemerlangkan ketrampilan diri anda bererti juga anda menjaga kesihatan, kebersihan, kekemasan diri, kebersihan dan kekemasan tempat kerja anda, rumah anda, kenderaan anda dan sebagainya. Kesimpulan
Keyakinan diri
adalah berpaksi dalam diri anda. Anda perlu
menjananya. Ia perlu disuburkan. Anda perlu yakin pada diri sendiri
dahulu sebelum mendapat keyakinan orang lain terhadap diri anda.
Ingatlah
bahawa anda adalah peneraju kejayaan diri anda
sendiri.
Kalau anda fikir anda boleh, anda memang sebenarnya BOLEH! Keyakinan yang meningkat pada diri anda akan membuatkan anda lebih berkebolehan untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian dan kejayaan anda. |
|
Rabu, 11 Februari 2015
7 Langkah Meningkatkan Keyakinan Diri
7 Langkah Mencapai Cita-Cita / Matlamat Anda denga CEPAT
7 Langkah Mencapai Cita-Cita / Matlamat
Anda dengan
Cepat
Oleh Taidin Suhaimin
Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, atau panduan-panduan bagaimana menetapkan dan mencapai matlamat / cita-cita hidup anda dengan cepat.
Langkah-langkah proaktif yang perlu anda lakukan untuk menangani halangan-halangan tersebut ialah:
Dengan diiringi doa, keazaman, usaha gigih serta disiplin yang tinggi, insya-Allah, anda akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang anda impikan dengan cemerlang dan jayanya.
Oleh Taidin Suhaimin
Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, atau panduan-panduan bagaimana menetapkan dan mencapai matlamat / cita-cita hidup anda dengan cepat.
1.
Kenal Pasti Semua Keperluan & Keinginan Anda Sejelas-jelasnya
Duduk
dan tulis semua keperluan dan keinginan anda. Tulis seberapa banyak
keperluan-keperluan serta
keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Tuliskan apa saja
keperluan dan keinginan yang terlintas di fikiran anda. Apabila
jumlahnya menjangkau
50 hingga 100,
akan timbul suatu
bentuk perasaan, pemikiran atau semangat pada diri anda. Ya, anda akan
mengetahui perasaan sebenar anda itu apabila anda melepasi angka
50. Teruskan.
Perasaan
inilah yang akan membarai semangat anda terus melangkah ke
hadapan untuk mencapai matlamat-matlamat anda secepat yang
mungkin.
Insya-Allah.
2.
Tetapkan dan Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS
matlamat-matlamat
atau cita-cita anda di atas sehelai kertas. Ini amat penting
kerana jika anda
tidak
tulis, cita-cita anda hanya akan menjadi angan-angan. Dengan
berbuat
demikian, cita-cita anda itu akan
menjadi
perkara yang amat penting dan berharga bagi anda. Dengan menjadikannya
suatu dokumen dan diberi perhatian, ia akan
mula
meresap ke dalam minda separa sedar anda. Hasilnya,
matlamat-matlamat anda itu akan menjadi sebahagian yang signifikan
dalam hidup anda dan anda tidak akan berpuas hati selagi
matlamat tersebut belum anda capai.
3.
Tetapkan Tempoh dan Tarikh Matlamat Anda Mesti Dicapai
Kira dan tentukan
berapa
banyak masa
yang anda
perlukan untuk mencapai matlamat-matlamat anda itu. TETAPKAN bila
matlamat
tersebut mesti anda capai. Tetapkan tempoh anda membuat persiapan rapi
untuk mencapai matlamat-matlamat anda. Tetapkan juga tempoh yang anda
perlukan untuk melaksanakan setiap aktiviti dalam perancangan atau
pelan tindakan anda.
4. Lakukan
Perancangan
RANCANGKAN
tindakan-tindakan
atau aktiviti-aktiviti yang mesti anda
laksanakan untuk mencapai matlamat-matlamat anda. Jadualkan
aktiviti-aktiviti atau langkah-langkah tindakan anda mengikut susunan
dan keutamaan agar setiap langkah anda menyokong antara satu sama lain.
Nilai semula dan buat pembaikan pada senarai jadual aktiviti anda dari
semasa ke semasa dengan tujuan untuk memastikan matlamat anda tercapai
mengikut seperti yang dirancang.
5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda
Letakkan
suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan
satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej
minda yang
jelas pada mata minda anda tentang kejayaan anda. Mainkan gambaran itu
berulang-ulang –
berkali-kali di fikiran anda. Lihat kejayaan dan keadaan anda
yang hebat dalam "kejayaan" itu.
Gambaran "kejayaan"
dalam
minda anda itu akan
membuatkan motivasi anda sentiasa di tahap teratas. Dengan
semangat berkobar-kobar itu
anda akan lebih fokus, lebih komited serta lebih bertekad untuk
mencapai matlamat yang telah anda tetapkan.
6.
Tangani Halangan
Dalam melaksanakan
perancangan anda, ada kalanya anda tidak terlepas daripada menghadapi
beberapa
halangan. Halangan-halangan itu mungkin berpunca dari anda sendiri
atau dari orang lain atau disebabkan oleh masalah logistik.
Langkah-langkah proaktif yang perlu anda lakukan untuk menangani halangan-halangan tersebut ialah:
-
Membuat jangkaan
halangan-halangan atau kekangan-kekangan yang mungkin anda
akan hadapi dan mesti anda
atasi.
-
Menumpukan kepada usaha
mendapat bantuan; bantuan
yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya
maklumat-maklumat,
pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu yang dapat
membantu anda mengatasi halangan-halangan tersebut.
7. Sokongi
Usaha anda
dengan Keazaman Kental
Baki
90% adalah ditentukan oleh tahap keazaman dan usaha anda. Sokongi
RANCANGAN anda
dengan KEAZAMAN (Resolve)
dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan
semangat, Fokuskan segala
perhatian dan tenaga
anda
untuk
mencapai setiap matlamat anda mengikut tempoh yang anda telah
tetapkan. Hadapi setiap cabaran dengan tenang dan berhemah. Jangan
sekali-kali
berputus asa terhadap
sebarang
cabaran. Dengan diiringi doa, keazaman, usaha gigih serta disiplin yang tinggi, insya-Allah, anda akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang anda impikan dengan cemerlang dan jayanya.
Definisi, Pengertian, Makna, Maksud Motivasi
Definisi,
Pengertian, Makna, Maksud Motivasi
Oleh Taidin Suhaimin
Artikel motivasi ini menjelaskan definisi, pengertian, maksud, makna atau takrifan motivasi dengan cara yang lebih mudah difahami.
1. Motivasi Sebagai Pengarah Tuju & Penggerak Tindakan
Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Di dalam surat khabar, kerap pemberita menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan.
Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.
Oleh
itu,
kita boleh definisikan bahawa:
"Motivasi
adalah sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam
tindakan-tindakannya
sama ada secara negatif atau positif."
2.
Motivasi Sebagai Pendorong
Tujuan atau
motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat
atau cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau
keperluan
seseorang itu malah bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang
menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang
dihajatkan. Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan.
Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai matlamatnya.
Oleh
itu,
bolehlah kita membuat kesimpulan di sini bahawa:
"Motivasi
adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak
utama
seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga
yang
diinginkan."
3.
Motivasi Sebagai Darjah
Kesungguhan
Tahap
kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap
tahap kesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak
lama,
tetapi jika apa yang dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap
mempunyai keinginan atau kesungguhan untuk berusaha sehinggalah
matlamatnya
tercapai.
Oleh
itu, bolehlah
juga kita membuat kesimpulan di sini bahawa:
"Motivasi
adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang,
berusaha
untuk mencapai tujuan atau matlamatnya."
4.
Motivasi Sebagai Stimulator
Seseorang
lelaki dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga
telah
berjanji untuk hidup bersama, akan berusaha dengan penuh kesungguhan
untuk
menjadi suami isteri walaupun menghadapi pelbagai halangan berbuat
demikian. Itulah sebab makanya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah ke luar negara apabila ada halangan (undang-undang) yang tidak membolehkan mereka mendapat sijil perkahwinan di dalam negara. Seperti kata pepatah Melayu "Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih."
Di
sini dapatlah
kita simpulkan bahawa:
"Motivasi
adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan
terhadap
sesuatu yang benar-benar diingini."
5.
Motivasi Sebagai Pemangkin
Keberanian
Apabila
kita betul-betul dan benar-benar inginkan sesuatu, ketakutan atau
kemalasan
menjadi perkara kedua - mencapai matlamat akan menjadi perkara utama;
maka, keberanian,
kerajinan dan ketekunan akan timbul.
Oleh
itu, bolehlah
kita simpulkan atau definisikan bahawa:
"Motivasi
adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan,
keberanian
dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang
benar-benar
diingini serta diyakini boleh dicapai / perolehi."
21 Cara Meningkatkan Motivasi Diri Oleh Taidin Suhaimin
21
Cara
Meningkatkan
Motivasi Diri
Oleh Taidin Suhaimin
Motivasi Diri
Oleh Taidin Suhaimin
Artikel
motivasi ini memaparkan 21 cara berkesan untuk meningkatkan motivasi
atau memotivasikan diri anda terutamanya tatkala perasaan lemah, tidak
bermaya, atau putus asa melanda diri anda!
Berikut ini adalah 21 cara!
|
|
Langgan:
Catatan (Atom)