7 Langkah
Meningkatkan Keyakinan
Diri
Artikel motivasi ini memaparkan 7 langkah utama atau cara-cara bagaimana anda dapat membina atau meningkatkan tahap keyakinan diri anda. 1. Bina Prinsip Hidup yang Mantap
Antara
prinsip-prinsip hidup yang boleh anda pegang adalah:
Prinsip-prinsip atau moto-moto tersebut
kesemuanya bertujuan untuk meningkatkan semangat dan keyakinan
diri anda agar anda menjadi lebih berani menghadapi cabaran-cabaran
hidup dalam mencapai kejayaan.
Lebih
mantap prinsip atau moto hidup
yang anda pegangi, lebih yakinlah anda melangsungkan kehidupan anda.
Oleh itu, binalah prinsip-prinsip hidup
yang positif lagi mantap untuk
menyuburkan keyakinan diri anda agar anda akan lebih berjaya dalam
kehidupan anda.
2. Tetapkan Matlamat Hidup
Matlamat-matlamat
hidup yang jelas dan mantap adalah antara
sumber-sumber utama kepada pembinaan hala tuju dan peningkatan
serta pemantapan keyakinan diri seseorang. Seseorang
yang
tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas dan mantap adalah
seolah-seolah meniti
kehidupannya
dalam keadaan samar yang tidak pasti akan ke mana arah dan tujuan
kehidupannya.
Oleh itu,
tetapkanlah matlamat hidup
anda sejelas yang mungkin agar
anda akan dapat meniti kehidupan anda dengan lebih baik dan teratur.
Dengan mempunyai hala tuju serta matlamat hidup yang jelas, anda akan menjadi lebih fokus, lebih yakin dan lebih berjaya dalam mencapai kejayaan hidup - dunia serta akhirat.
3. Bina Pelan Tindakan Mencapai Matlamat
Mempunyai
matlamat-matlamat yang jelas memang amat penting untuk memperteguhkan
keyakinan diri. Namun, tanpa
perancangan atau pelan tindakan untuk
mencapai kejayaan, sesuatu
matlamat hanya akan menjadi angan-angan.
Dengan mempunyai pelan tindakan jitu, keyakinan diri anda akan menjadi lebih mantap. Ianya pula akan membolehkan anda mencapai matlamat-matlamat yang anda telah tetapkan dengan lebih awal.
4. Tingkatkan Ilmu
Pengetahuan
Ilmu pengetahuan
adalah antara
sumber-sumber
utama kepada pembangunan diri seseorang. Semakin
tinggi atau semakin banyak ilmu pengetahuan yang seseorang miliki,
bukan sahaja nilai seseorang itu akan semakin tinggi tetapi juga akan
dengan sendirinya meningkatkan keyakinan dirinya. Jika anda
mempunyai
tahap imu pengetahuan yang tinggi tentang selok-belok pekerjaan anda,
sudah pastilah anda akan bertambah yakin diri serta lebih kompeten
melaksanakan tugas-tugas anda.
Oleh itu, dengan
sentiasa meningkatkan
tahap ilmu pengetahuan khususnya
dalam perkara-perkara yang anda perlu ketahui atau kuasai, anda dengan
sendirinya melakukan sesuatu yang mengarah kepada peningkatan
kemampuan dan keyakinan diri anda.
Membaca buku-buku, menghadiri kursus-kursus atau seminar-seminar, bercambah idea-idea dengan rakan-rakan serta membuat lawatan ke tempat-tempat menarik adalah antara langkah-langkah cemerlang yang anda boleh lakukan untuk memperkayakan ilmu pengetahuan anda. 5. Tingkatkan Kemahiran-Kemahiran
Kemahiran-kemahiran
adalah antara sumber-sumber
utama kepada pembangunan diri seseorang. Semakin
tinggi atau banyak kemahiran
yang anda miliki, semakin meningkatlah keyakinan diri anda.
Seseorang yang tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi, sudah pasti akan kurang, malah mungkin tidak yakin atau tidak mampu melaksanakan dengan cemerlang sesuatu tugas yang dimanahkan kepadanya. Tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi dalam bidang pengucapan awam misalnya adalah salah satu sebab mengapa seseorang tidak yakin berucap di hadapan audiens. Antara cara berkesan yang perlu dilakukan untuk mengatasi ketidakyakinan sebegini ialah dengan mempelajari secara serius setiap aspek pengucapan awam sehinggalah kemahiran pengucapan awam itu menjadi sebati dalam diri kita.
6. Tingkatkan Kualiti Kesihatan Diri
Kesihatan diri amat
mempengaruhi
keyakinan diri seseorang. Jika
kesihatan diri kita
kurang baik, badan kita
akan menjadi lemah; fikiran akan turut menjadi kusut. Ini
akan
menjejaskan keyakinan diri kita. Jika kesihatan diri kita baik, badan
serta minda menjadi cergas dan cerdas. Ini akan menjadikan kita lebih
bermaya dan lebih berkeyakinan diri.
Oleh itu, usaha
menjaga dan memastikan
tahap kesihatan diri kita agar sentiasa dalam keadaan cemerlang adalah
seiring dengan usaha
memantapkan keyakinan diri sendiri.
Membina tabiat berfikiran positif, menjaga kualiti pemakanan, tidur secukupnya / rehat (7-9) jam sehari serta mengamalkan pergerakan fizikal / senaman setiap hari (5 minit - 2 Jam) serta mendapat rawatan yang sewajarnya dari pakar-pakar perubatan apabila diperlukan adalah antara perkara-perkara yang harus kita amalkan untuk memastikan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri kita sentiasa dalam keadaan terbaik. 7. Tingkatkan Kualiti Penampilan Diri
Apa
pun
juga keadaan fizikal diri anda, jika anda sentiasa bersyukur dan
berfikiran positif serta menjaga penampilan diri dari dalaman
serta pada luaran, anda akan tetap merasa diri anda amat bernilai.
Dengan sentiasa bersyukur dan berfikiran positif, anda akan lebih menghargai dan menyayangi diri anda serta juga orang lain. Dan, sudah pastilah juga anda akan lebih yakin diri apabila anda dapat membina dan menampilkan imej terbaik diri anda. Menjaga dan mencemerlangkan ketrampilan diri anda bererti juga anda menjaga kesihatan, kebersihan, kekemasan diri, kebersihan dan kekemasan tempat kerja anda, rumah anda, kenderaan anda dan sebagainya. Kesimpulan
Keyakinan diri
adalah berpaksi dalam diri anda. Anda perlu
menjananya. Ia perlu disuburkan. Anda perlu yakin pada diri sendiri
dahulu sebelum mendapat keyakinan orang lain terhadap diri anda.
Ingatlah
bahawa anda adalah peneraju kejayaan diri anda
sendiri.
Kalau anda fikir anda boleh, anda memang sebenarnya BOLEH! Keyakinan yang meningkat pada diri anda akan membuatkan anda lebih berkebolehan untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian dan kejayaan anda. |
|
Rabu, 11 Februari 2015
7 Langkah Meningkatkan Keyakinan Diri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan