Artikel
motivasi ini memaparkan 21 cara berkesan untuk meningkatkan motivasi
atau memotivasikan diri anda terutamanya tatkala perasaan lemah, tidak
bermaya, atau putus asa melanda diri anda!
Berikut ini
adalah
21 cara!
- Kenal
pasti apakah
yang
menyebabkan anda kehilangan semangat atau motivasi dan fikirkan langkah
terdekat yang anda patut lakukan untuk mengembalikan atau meningkatkan
motivasi diri anda.
- Baca buku
motivasi terutamanya biografi orang-orang
yang berjaya.
- Berdoa dan
memohon kekuatan
dan hidayah
daripada Allah.
- Mendengar
lagu-lagu yang dapat
memberi
semangat dan inspirasi kepada anda.
- Mencipta satu
ritual –
misalnya
“Jika orang lain boleh, saya pun boleh.”
- Tidur sehingga anda benar-benar sihat dan
segar semula.
Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan dan ketidakcergasan.
- Bersenam
atau melakukan aktiviti-akitiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali
seminggu supaya badan dan minda sentiasa sihat, cergas dan cerdas.
- Bertekad
untuk menyiapkan
semua kerja anda yang tertunggak / menyelesaikan masalah yang anda
hadapi dengan penuh kesungguhan sehingga selesai.
- Membuat atau
mengkaji semula
perancangan
kerja atau hidup anda.
- Menghadiri seminar atau ceramah motivasi.
- Mendirikan
sembahyang / solat
khusus khusus untuk
mendapat taufik, keampunan, petunjuk serta kekuatan dari Allah S.W.T.
- Bermain
musik kegemaran anda sekiranya anda pandai bermain alat musik - mana
tahu dapat pula mencipta suatu musik atau lagu yang hebat!
- Menatap
gambar-gambar yang
dapat
memberi inspirasi dan semangat baru kepada anda.
- Meditasi untuk menenangkan diri dan minda
serta meningkatkan daya memfokuskan fikiran.
- Menyusunatur
pejabat / rumah /
fail, kemas rumah dsb. - pejabat / rumah yang kemas mengarah kepada
pemikiran yang cerdas, teratur, tenang dan produktif.
- Berjumpa
dengan kaunselor untuk
mendapat
khidmat nasihat mengatasi kemelut.
- Berjumpa
dengan kawan-kawan yang
positif
untuk mendapat pandangan, nasihat, motivasi atau bantuan.
- Keluar makan
dengan
ahli-ahli keluarga
atau dengan kawan-kawan rapat lagi positif.
- Beriadah -
bersiar-siar bersama
ahli keluarga - tempat yang baik untuk melakukan ini ialah
bersiar-siar di Mall yang besar dengan berjalan agak laju sedikit atau
sekali-sekala ke pantai yang indah lagi nyaman.
- Mengadakan
kenduri doa
selamat atau berjumpa dengan ibu-bapa jika masih ada.
- Melancong
di
dalam negeri atau ke
luar negara dengan tujuan mendapatkan semangat, perspektif atau
idea-idea baru.
Pilihlah
mana-mana satu yang sesuai bila-bila masa anda memerlukan suntikan
motivasi.
Insya-Allah, semangat, motivasi dan kecergasan diri anda akan kembali
kuat.
|
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan