Oleh Taidin Suhaimin
Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, atau panduan-panduan bagaimana menetapkan dan mencapai matlamat / cita-cita hidup anda dengan cepat.
1.
Kenal Pasti Semua Keperluan & Keinginan Anda Sejelas-jelasnya
Duduk
dan tulis semua keperluan dan keinginan anda. Tulis seberapa banyak
keperluan-keperluan serta
keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Tuliskan apa saja
keperluan dan keinginan yang terlintas di fikiran anda. Apabila
jumlahnya menjangkau
50 hingga 100,
akan timbul suatu
bentuk perasaan, pemikiran atau semangat pada diri anda. Ya, anda akan
mengetahui perasaan sebenar anda itu apabila anda melepasi angka
50. Teruskan.
Perasaan
inilah yang akan membarai semangat anda terus melangkah ke
hadapan untuk mencapai matlamat-matlamat anda secepat yang
mungkin.
Insya-Allah.
2.
Tetapkan dan Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS
matlamat-matlamat
atau cita-cita anda di atas sehelai kertas. Ini amat penting
kerana jika anda
tidak
tulis, cita-cita anda hanya akan menjadi angan-angan. Dengan
berbuat
demikian, cita-cita anda itu akan
menjadi
perkara yang amat penting dan berharga bagi anda. Dengan menjadikannya
suatu dokumen dan diberi perhatian, ia akan
mula
meresap ke dalam minda separa sedar anda. Hasilnya,
matlamat-matlamat anda itu akan menjadi sebahagian yang signifikan
dalam hidup anda dan anda tidak akan berpuas hati selagi
matlamat tersebut belum anda capai.
3.
Tetapkan Tempoh dan Tarikh Matlamat Anda Mesti Dicapai
Kira dan tentukan
berapa
banyak masa
yang anda
perlukan untuk mencapai matlamat-matlamat anda itu. TETAPKAN bila
matlamat
tersebut mesti anda capai. Tetapkan tempoh anda membuat persiapan rapi
untuk mencapai matlamat-matlamat anda. Tetapkan juga tempoh yang anda
perlukan untuk melaksanakan setiap aktiviti dalam perancangan atau
pelan tindakan anda.
4. Lakukan
Perancangan
RANCANGKAN
tindakan-tindakan
atau aktiviti-aktiviti yang mesti anda
laksanakan untuk mencapai matlamat-matlamat anda. Jadualkan
aktiviti-aktiviti atau langkah-langkah tindakan anda mengikut susunan
dan keutamaan agar setiap langkah anda menyokong antara satu sama lain.
Nilai semula dan buat pembaikan pada senarai jadual aktiviti anda dari
semasa ke semasa dengan tujuan untuk memastikan matlamat anda tercapai
mengikut seperti yang dirancang.
5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda
Letakkan
suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan
satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej
minda yang
jelas pada mata minda anda tentang kejayaan anda. Mainkan gambaran itu
berulang-ulang –
berkali-kali di fikiran anda. Lihat kejayaan dan keadaan anda
yang hebat dalam "kejayaan" itu.
Gambaran "kejayaan"
dalam
minda anda itu akan
membuatkan motivasi anda sentiasa di tahap teratas. Dengan
semangat berkobar-kobar itu
anda akan lebih fokus, lebih komited serta lebih bertekad untuk
mencapai matlamat yang telah anda tetapkan.
6.
Tangani Halangan
Dalam melaksanakan
perancangan anda, ada kalanya anda tidak terlepas daripada menghadapi
beberapa
halangan. Halangan-halangan itu mungkin berpunca dari anda sendiri
atau dari orang lain atau disebabkan oleh masalah logistik.
Langkah-langkah proaktif yang perlu anda lakukan untuk menangani halangan-halangan tersebut ialah:
-
Membuat jangkaan
halangan-halangan atau kekangan-kekangan yang mungkin anda
akan hadapi dan mesti anda
atasi.
-
Menumpukan kepada usaha
mendapat bantuan; bantuan
yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya
maklumat-maklumat,
pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu yang dapat
membantu anda mengatasi halangan-halangan tersebut.
7. Sokongi
Usaha anda
dengan Keazaman Kental
Baki
90% adalah ditentukan oleh tahap keazaman dan usaha anda. Sokongi
RANCANGAN anda
dengan KEAZAMAN (Resolve)
dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan
semangat, Fokuskan segala
perhatian dan tenaga
anda
untuk
mencapai setiap matlamat anda mengikut tempoh yang anda telah
tetapkan. Hadapi setiap cabaran dengan tenang dan berhemah. Jangan
sekali-kali
berputus asa terhadap
sebarang
cabaran. Dengan diiringi doa, keazaman, usaha gigih serta disiplin yang tinggi, insya-Allah, anda akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang anda impikan dengan cemerlang dan jayanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan