Sabtu, 28 Disember 2013

MAKANAN UNTUK KUATKAN MINDA

MAKANAN UNTUK KUATKAN MINDA

Pemakanan zat dan nutrient amat penting bagi mereka yang menggunakan minda  sebagai sumber utama untuk mencari rezeki mahu pun dalam pembelajaran. Menurut American Dietetic Association ( ADA ) Bethany Thayer, MS, RD, otak adalah organ utama tubuh yang menyerap nutrisi dari makanan yang dimakan. Terdapat 10 jenis makanan yang diyakini dapat meransang pertumbuhan sel otak dan tingkat daya ingatan.

Pertama, madu merupakan makanan berkhasiat yang mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, anti septic dan enzim untuk meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Manisan madu seeloknya diminum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian seperti kalsium, sulfur, fosforus, zatbesi, karbon, magnesium, potassium, kuprum, silika, klorin, manganese dan belerang untuk kesihatan fizikal serta mental.

Kedua, kacang merah mengadungi thiamin atau vitamin B1 yang amat diperlukan oleh otak terutama untuk proses  neurotransmitter yang penting untuk ingatan dan kekurangan vitamin B1 menyumbang kepada faktor kecacatan fungsi mental yang berkaitan dengan peningkatan usia. Biasanya kacang merah dimasukkan ke dalam masakan, contohnya Agar-agar Cendol.

Ketiga, kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Kismis bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dimasukkan ke dalam masakan, contohnya Nasi Kismis Ayam.

Keempat, telur merupakan makanan yang bermanfaat untuk menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zatbesi, air, choline dan bahan ekstraktif. Bahagian kuning telur ternyata padat dengan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingat serta berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda. 
Picture
Contoh Makanan Minda
Kelima, susu dan yogurt mampu mengenyangkan kerana mengandungi protein dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak. Susu daripada lembu, biri-biri dan kambing dapat mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Sekurang-kurangnya minumlah segelas susu pada sebelah pagi dan malam kerana ia bukan saja berkhasiat untuk merawati kesihatan umum, malah merupakan penawar penyakit mudah lupa.

Keenam, halia boleh dimakan secara mentah atau dibuat halua yang sangat mustajab untuk mengatasi masalah lupa dan alpa. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan dicampur dengan gula. Halia berfungsi merawat pening kepala, sakit perut, batuk ataupun gatal-gatal dan boleh dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan. Contohnya, Daging Halia.

Ketujuh, ikan salmon merupakan ikan berlemak yang mengandungi asam lemak omega-3 DHA dan EPA. Kedua-duanya penting untuk pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak. Kajian menunjukkan bahawa seseorang yang mengambil asam lemak memiliki pemikiran yang lebih tajam dan dapat mencatatkan hasil yang memuaskan dalam ujian kemampuan.

Kelapan, oat kaya dengansumber vitamin E, vitamin B dan potassium, Omega-3, folat dan kalium yang mampu menyediakan tenaga atau bahan bakar untuk keperluan otak.Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan baik. Oat boleh dimakan bersama susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan.

Kesembilan, amalan memakan berry akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat peningkatan usia. Semua jenis berry seperti blackberry, bluberry, strawberry, ras berry, cran berry dan cerry mengandungi flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh khususnya di bahagian otak. Kajian menunjukkan mereka yang mendapatkan ekstrak blueberry dan strawberry mengalami perbaikian dalam fungsi daya ingatnya.


Disediakan oleh,
Chua Bee Lan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan