Isnin, 9 September 2019

MASA DEMI MASA KINI...







Sajak : Masa demi masa Masa Kini

 Masa demi masa Masa demi masa kini
 Aku berlengging tidak berbaju 
berkain pelikat usang
 sekotak mancis di buntilan kainku
kubakar sampah sebentar lagi 

Masa demi masa kini 
Aku berseragam hijau beropi hijau bintang tiga
Aku bukan 'ahli' bintang tiga
tapi aku orang Bintang Tiga
 Kerana tugasku, mencantas leher-leher ...  Bintang Tiga 
Masa demi masa kini 
aku berceloreng hijau
 Melihat ketenangan 
Melihat Keamanan 
Melihat Kedamaian 

Masa demi masa kini 
Aku berjubah putih 
Kuuntai  tasbih  satu ... demi satu ... 
Kusebut namaNya satu per satu 
tasbih kugenggam !
kujulang ke udara ! 
dengan kalimah LAILA HA ILALLAH MUHAMMADAR RASULU LLAH ! 

Kita ...  Menang ! 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan