Khamis, 2 Jun 2011

MARI KONGSI : ILMU HIPNOTERAPI

      Setiap sekolah ada budayanya yang tersendiri... ia dipengaruhi sosio budaya, agama dan persekitaran. Penulis telah berkhidmat di 5 buah sekolah sejak tahun 1993.  Namun demikian, bagi penulis, sekolah ke tiga ini begitu 'mencabar' dan 'mengujakan'.

      Fitrahnya manusia sukakan sesuatu yang bersifat segera dan memberi kesan yang optimum.  Penulis telah
mengaplikasikan pelbagai pendekatan terapi di dalam sesi seperti Psycho Analisys Therapy, Gestalt Therapy, Rational Emotif Therapy, Art Therapy, Music Therapy, dan macam-macam terapi lagi... dimaklumi bahawa proses perubahan tingkah laku individu berbeza-beza maka kesannya tentulah berbeza-beza dan mengambil masa.  Setiap kerangka rujukan kita tidak sama.

      Penulis merasa dalam dilema ... kerana tidak semua orang faham konsep perkembangan kognitif manusia.  Sehinggalah suatu petang , penulis dapati ada satu lagi kaedah terapi yang boleh diaplikasikan dalam sesi iaitu HIPNOTERAPI.  Penulis mengkaji semula apa yang dipelajari mengenai hipnosis ketika buat Master dulu.  Ia hanya asas.  Penulis terus membuat rujukan dan aplikasikan kepada pelajar.  Menakjubkan !!! Ilmu itu luas dan sifatnya dinamik.  Ia memberikan kesan yang segera dan bersifat permenant.

      Jika anda berminat untuk mengaplikasikannya kepada klien anda, dinasihatkan agar anda mengikuti kursus yang diiktiraf.  Ini kerana melalui kaedah hipnosis, nilai akan di 'by pass' dari concious ke sub concious mind. dan ia bersifat permenant.  Maka sekiranya salah kaedah dan menjadi nilai tetap ke atas diri klien, maka kitalah yang harus dipertanggung jawabkan.  Silibus mengenai hipnoterapi hanya asas.  Ia bersifat kompleks.  Barulah penulis faham mengapa semasa buat ijazah ke dua kami hanya didedahkan asasnya sahaja.  Ini kerana ia perlu pengkajian yang lebih dalam dan kompleks.

      Penulis cuba mencari kursus khas hipnoterapi.  Penulis mendapati kos kursus hipnoterapi di Indonesia mencecah sehingga RM 5000.00   Di Malaysia terdapat banyak badan swasta yang mengadakan kursus seperti ini.  Namun demikian, penulis rasa beruntung apabila dapat mengikuti kursus yang agak murah dibandingkan kursus di Indonesia dan memberikan impak yang diharapkan iaitu di Malaysian Academy Hypnosis.  Tuan-tuan boleh melayari  http://www.hipnosismalaysia.blogspot.com/  untuk keterangan lebih lanjut.  Mari kita kuasai ilmu ini. Insya allah kita dapat nikmati hasilnya nanti...


Selamat berkursus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan